- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
283
Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik
Kumpulan Unit
2833
Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2833
Bandingkan
Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain
Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain menterjemah atau mentafsir secara bertulis atau lisan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain serta mengkaji asal usul, perkembangan, dan struktur bahasa.
Tugasan
Mengkaji perhubungan antara bahasa induk lama dengan kumpulan bahasa moden, menjejak asal usul dan evolusi perkataan, tatabahasa dan bentuk bahasa serta mengemukakan penemuannya.
Memberi nasihat atau menyediakan sistem pengelasan bahasa, tatabahasa, kamus dan yang seumpamanya.
Menterjemah daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain dan memastikan makna yang betul dalam bahasa asal dikekalkan, teks undang-undang, kerja teknikal atau saintifik diterjemahkan dengan betul serta ungkapan dan istilah karya asal disampaikan dengan setepat yang mungkin sambil mengekalkan gaya karya asal tersebut.
Mentafsirkan daripada satu bahasa kepada bahasa yang lain, terutamanya dalam persidangan, mesyuarat, dan acara yang seumpamanya, dan memastikan makna yang disampaikan adalah betul, dan menyampaikan sedapat yang mungkin bahasa asal yang diucapkan.
Membuat terjemahan serentak semasa mesyuarat Dewan Negara dan Dewan Rakyat, dan menyunting soalan-soalan Dewan Negara.
Boleh mengkhusus dalam sekurang-kurangnya dua bahasa atau lebih.
Bertanggungjawab mengurus dan melaksana projek, program dan aktiviti pembangunan yang berkaitan dengan pengembangan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2833-01
Penterjemah
2833-02
Jurubahasa
2833-03
Jurubahasa Gred LA5
2833-04
Jurubahasa Gred LA1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.