- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
283
Pengarang, Wartawan, dan Ahli Linguistik
Kumpulan Unit
2833
Penterjemah, Jurubahasa, dan Ahli Linguistik Lain
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2833-03
Bandingkan
Jurubahasa Gred LA5
Jurubahasa Gred LA5 selain menterjemah secara lisan di mahkamah terbuka, Jurubahasa sepenuhnya membantu ahli korum (Majistret, Hakim Mahkamah Sesyen dan Hakim Mahkamah Tinggi) mengendalikan kes-kes dari sebelum kes bermula, semasa perbicaraan sehinggalah selepas kes selesai.
Tugasan
Menterjemah kes-kes kepada pesalah, saksi, peguam dan hakim yang memerlukan penterjemahan.
Membaca kertas tuduhan, fakta kes, laporan akhlak dan dokumen- dokumen lain kepada pesalah/tertuduh dalam bahasa yang difahaminya semasa mahkamah bersidang.
Menyebut atau memanggil kes-kes untuk bicara, sebutan dan jatuh hukum serta menetapkan tarikh baru bagi kes-kes tersebut.
Mengambil ikrar dan mendapatkan butir-butir peribadi saksi semasa perbicaraan di mahkamah terbuka.
Menerima dan mendaftar kes-kes baru dalam Buku Daftar Mahkamah dan mencatat butir-butir kes ke dalam Buku Harian, Diari Mahkamah dan Buku Eksibit.
Menyediakan Laporan Harian Mahkamah (statistik).
Menguruskan kertas pertuduhan bagi kes yang telah diselesaikan di dalam fail-fail siri akhir.
Kemahiran
Asas
Kemahiran bahasa.
Khusus
Berkemahiran dalam bidang komputer.
Berpengetahuan mengenai akta dan undang-undang berkaitan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2833-01
Penterjemah
2833-02
Jurubahasa
2833-03
Jurubahasa Gred LA5
2833-04
Jurubahasa Gred LA1
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.