Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2832-01
Bandingkan
Wartawan menyelidik, menyiasat dan mengesahkan maklumat tentang peristiwa semasa dan hal ehwal awam, serta menghasilkan kandungan berita yang tepat dan tepat pada masanya untuk media cetak, siaran dan digital. Peranan ini melibatkan menjalankan temu bual, menyemak dokumen, menghadiri acara dan membangunkan sumber untuk mengumpulkan dan mentafsir maklumat, serta menulis laporan, rencana atau ulasan untuk penerbitan atau siaran. Mereka memastikan ketepatan fakta, mematuhi piawaian etika dan editorial, dan berusaha untuk memenuhi tarikh akhir sambil memaklumkan orang ramai dan menyumbang kepada wacana awam yang bermaklumat.
Tugasan
Menyelidik, menyiasat dan mengumpul maklumat berita serta hal ehwal awam melalui temu bual, pemerhatian, semakan dokumen dan pembangunan sumber.
Menulis, menyunting dan menyemak pruf laporan berita, rencana, skrip atau ulasan untuk media cetak, siaran dan digital.
Mengesahkan fakta dan sumber untuk memastikan ketepatan serta pematuhan kepada piawaian etika dan editorial.
Menghadiri dan membuat liputan acara, sidang media dan perhimpunan awam.
Menyampaikan laporan secara langsung, berasaskan skrip atau prarakaman untuk platform siaran atau dalam talian apabila diperlukan.
Bekerjasama dengan editor, penerbit dan kakitangan media lain untuk menyediakan dan memuktamadkan kandungan berita.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja secara berdikari atau secara bekerjasama dalam pasukan dan persekitaran media yang pantas.
Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang kukuh,termasuk kebolehan melapor dan menemu bual dengan jelas.
Pemahaman bacaan,mendengar secara aktif dan kemahiran dalam bahsa yang digunakan secara meluas.
Pemikiran kritis,kemahiran analitikal dan pertimbangan yang tepat untuk menilai dan melaporkan maklumat dengan betul.
Pengurusan masa,kebolehsuaian dan kebolehan bekerja di bawah tekanan atau memenuhi tarikh akhir yang ketat.
Khusus
Kecekapan dalam pelaporan berita di hadapan kamera, secara langsung dan rakaman di bawah tekanan tarikh akhir.
Kecekapan dalam penyemakan pruf dan penerapan pertimbangan editorial yang baik.
Kecekapan dalam sistem pengurusan kandungan untuk pelaporan dan pengendalian dokumen.
Kemahiran dalam alat multimedia untuk penyuntingan video, penyuntingan audio, fotografi dan penerbitan digital.
Kemahiran dalam penulisan kewartawanan dan berita mengikut piawaian editorial dan gaya dalaman organisasi.
Keupayaan menggunakan media sosial, maklum balas khalayak dan analitik digital untuk menyokong kerelevanan serta penyebaran berita.
Keupayaan untuk menjalankan temu bual, pelaporan penyiasatan dan penyelidikan perkara khusus.
Pengetahuan dalam undang-undang media, garis panduan etika dan dasar fitnah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.