Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2823
Bandingkan
Ahli Falsafah, Sejarawan, dan Ahli Sains Politik
Ahli Falsafah, Sejarawan, dan Ahli Sains Politik menjalankan penyelidikan serta memerihal peristiwa dan aktiviti lampau termasuk pembentukan struktur sosial dan ekonomi atau institusi, dan pergerakan politik.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Membuat penyelidikan, terutamanya dengan menggunakan penaakulan, sebab-sebab umum, prinsip dan erti alam, tindakan, pengalaman dan kewujudan manusia serta mentafsir dan membangunkan konsep dan teori falsafah.
Merujuk dan membandingkan sumber utama seperti rekod sezaman yang asal tentang peristiwa lampau dan sumber sekunder seperti penemuan arkeologi atau antropologi.
Mengekstrak bahan yang berkaitan, menyemak ketulenannya serta menyelidik dan membuat gambaran sejarah bagi suatu tempoh, negeri atau kawasan yang tertentu atau aspek tertentu (misalnya, ekonomi, sosial, atau politik) sejarahnya.
Menjalankan penyelidikan dalam bidang seperti falsafah politik atau teori dan amalan tentang sistem, institusi, atau keadaan politik masa lampau dan semasa.
Meninjau institusi politik sezaman dan mengumpulkan data tentangnya daripada berbagai-bagai sumber termasuk temu ramah dengan pegawai kerajaan dan parti politik serta individu lain yang berkenaan.
Mengemukakan penemuan dan kesimpulan untuk diterbitkan bagi kegunaan kerajaan, parti politik atau organisasi lain dan individu yang berminat.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.