Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2823-01
Bandingkan
Profesional Kemanusiaan/Sains Sosial
Profesional Kemanusiaan/Sains Sosial mengkaji dan menganalisis masyarakat, budaya dan pemikiran manusia melalui penaakulan kritikal dan logik. Mereka menjalankan penyelidikan, mentafsir bukti, serta menyumbang kepada pengembangan ilmu dalam bidang seperti falsafah, sejarah, sains politik dan genealogi. Mereka lazimnya bekerja dalam peranan akademik, penyelidikan atau penasihat dengan mengajar, menerbitkan karya ilmiah, membimbing pembangunan dasar, serta memberikan pandangan pakar mengenai isu sosial, etika, sejarah dan politik.
Tugasan
Menyediakan dan menyampaikan kuliah, tutorial dan seminar dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial.
Membangunkan dan mengemas kini bahan pengajaran, pentaksiran dan kurikulum bagi program akademik.
Menjalankan penyelidikan menggunakan sumber primer dan sekunder, arkib, tinjauan dan pangkalan data dalam bidang falsafah, sejarah, sains politik atau genealogi.
Menganalisis dan mentafsir data, dokumen, artifak dan bukti penyelidikan lain untuk menyokong dapatan dan kesimpulan.
Menyelia, membimbing dan menasihati pelajar prasiswazah dan pascasiswazah dalam penyelidikan dan kerja akademik.
Menerbitkan hasil penyelidikan dalam kertas akademik, laporan, jurnal semakan rakan sebaya atau ringkasan dasar.
Membentangkan penyelidikan dan pandangan ilmiah di persidangan, bengkel dan forum awam.
Mengaplikasikan penaakulan logik, kerangka teori dan kaedah analisis untuk membangunkan dan menilai idea, teori atau dasar.
Memberikan nasihat pakar mengenai isu etika, falsafah, politik atau sejarah kepada institusi, badan pemikir atau organisasi.
Berinteraksi dengan rakan sekerja, pihak berkepentingan dan orang awam melalui kerjasama, jangkauan dan program pendidikan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan bekerja secara berdikari dan bekerjasama dalam pasukan.
Kebolehan berfikir secara kritis dan analitikal untuk mentafsir data dan konsep abstrak.
Kemahiran dalam metodologi penyelidikan dan penilaian maklumat.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang kukuh untuk menerangkan idea dengan jelas.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi untuk pengajaran,penyelidikan dan tugasan projek.
Khusus
Kemahiran dalam kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif yang berkaitan dengan kajian sosial, politik, sejarah atau falsafah.
Kemahiran dalam menggunakan arkib, pangkalan data dan alat penyelidikan digital yang berkaitan untuk pengumpulan dan pengurusan data.
Keupayaan untuk membentangkan hasil penyelidikan kepada khalayak akademik, dasar dan awam.
Keupayaan untuk membimbing dan menyelia pelajar dalam projek akademik dan penyelidikan.
Keupayaan untuk menganalisis dan mentafsir sumber serta data sejarah, politik, sosial atau genealogi.
Keupayaan untuk menyediakan, menulis dan menyunting kertas akademik, laporan dan penerbitan ilmiah.
Kompetensi dalam membangunkan kurikulum akademik, pentaksiran dan bahan pengajaran.
Pengetahuan dalam kaedah penyelidikan lanjutan dalam bidang kemanusiaan dan sains sosial, termasuk sorotan literatur, analisis teori dan pentafsiran bukti.
Pengetahuan dalam pertimbangan etika, perundangan dan privasi dalam penyelidikan dan pengendalian data.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.