Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2822
Bandingkan
Ahli Sosiologi, Ahli Antropologi dan Profesional yang Berkaitan
Ahli Sosiologi, Ahli Antropologi dan Profesional yang Berkaitan menyiasat dan memerihal struktur sosial masyarakat, asal usul, dan evolusi manusia serta saling bergantungan di antara keadaan alam sekitar dengan aktiviti manusia. Mereka memberi nasihat mengenai penemuan mereka dalam penggubalan dasar ekonomi dan sosial.
Tugasan
Merancang program penyelidikan termasuk mereka bentuk kajian, pengutipan dan penganalisisan maklumat serta penilaiannya, ke atas dasar-dasar dan program-program pembangunan negara.
Menjalankan penyelidikan tentang asal-usul, perkembangan, struktur, corak sosial, organisasi, saling berhubungan antara masyarakat manusia.
Menjejaki asal usul dan evolusi kemanusiaan melalui kajian ke atas perubahan sifat serta institusi kebudayaan dan sosial.
Menjejaki pembangunan kemanusiaan melalui bahan tinggalan zaman silam seperti tempat tinggal, kuil, perkakas, tembikar, wang syiling, senjata, atau seni pahat.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.