Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2811
Bandingkan
Juruarkib dan Kurator
Juruarkib dan Kurator mengumpul, menilai dan memastikan penyimpanan dan pemeliharaan koleksi arkib, muzium, galeri seni, dan pertubuhan seumpamanya. Mereka merancang, merangka dan melaksanakan sistem penyimpanan rekod dan dokumen yang bernilai sejarah.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Mengesan institusi-institusi/ orang perseorangan di mana-mana negara yang difikirkan perlu untuk mendapatkan segala jenis bahan arkib yang berkaitan dengan Malaysia serta menguruskan perolehan pemprosesan, pengkelasan, klasifikasi, penterjemahan, penerbitan dan penyediaan deskripsi rujukan bahan-bahan tersebut.
Menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.
Menyelidik, menilai, membangunkan, mengurus dan memelihara dokumen bernilai yang penuh bersejarah dan berharga.
Mengarahkan atau menjalankan kerja penyediaan indeks, bibliografi, salinan mikrofilem, dan bantuan rujukan yang lain bagi bahan yang telah dikumpulkan serta menjadikannya mudah didapati oleh pengguna.
Menyelidik asal usul serta pengedaran dan kegunaan bahan dan objek yang berunsur budaya sejarah.
Mengurus, membangunkan dan menyelenggara koleksi barangan seni, budaya, saintifik, atau sejarah yang berharga di muzium atau galeri seni.
Mengkatalog koleksi muzium dan galeri seni serta menganjurkan pameran.
Menyelenggarakan rekod.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.