- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
28
Profesional Sosial dan Kebudayaan
Kumpulan Kecil
281
Pustakawan, Juruarkib, dan Kurator
Kumpulan Unit
2811
Juruarkib dan Kurator
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2811-02
Bandingkan
Kurator Gred S9
Kurator Gred S9 bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti permuziuman seperti pameran, pemuliharaan dan konservasi benda-benda purba, penyelidikan arkeologi, flora dan fauna, kebudayaan negara, memberi khidmat nasihat permuziuman serta menyediakan laporan hasil kajian penyelidikan.
Tugasan
Merancang dan mengetuai penyelidikan muzium dan menjalankan kerja-kerja penyelidikan warisan sejarah, budaya, alam kemanusiaan, alam semula jadi dan perkara-perkara yang berkaitan.
Merancang dan mengumpul koleksi untuk dipamerkan dan menyediakan write up, caption, label dan sebagainya yang berkaitan dengan pameran.
Merancang pengurusan sumber manusia jabatan dan menyelaras aktiviti-aktiviti latihan/kursus di peringkat jabatan dan luar negara.
Mendokumentasi dan mengkatalog koleksi muzium secara sistematik, menyimpan data-data hasil penyelidikan dengan teratur sebagai bahan rujukan.
Mengetuai dan menjalankan kerja-kerja pemulihan tanah, tapak tanah, monumen bersejarah dan seumpamanya.
Menyelaras dan mengetuai kerja-kerja cari gali.
Menjadi pembentang kertas kerja dan membantu menjayakan kursus/ceramah/bengkel dan lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Muzium Malaysia ataupun agensi luar.
Membantu dalam kerja-kerja menerbitkan jurnal, buku, katalog dan penerbitan-penerbitan lain.
Kemahiran
Asas
Kebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Kebolehan memberikan pendapat secara profesional serta mengemukakan hujah dengan baik.
Kebolehan menulis laporan, menyediakan kertas kerja berkualiti dan membuat pembentangan di peringkat dalam dan luar negara.
Kemahiran komputer.
Khusus
Kebolehan tinggi dalam bidang penyelidikan, persembahan pameran dan permuziuman.
Kemahiran membuat perbandingan, perancangan dan penganalisisan mendalam berkaitan keperluan muzium baharu dan pembangunan galeri bertaraf dunia.
Pengetahuan mendalam dalam aspek material culture serta kemahiran menilai artifak dari segi ketulenan dan nilai sejarah.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.