Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2611-03
Bandingkan
Pegawai Undang-Undang Gred L9
Pegawai Undang-Undang Gred L9 menjalankan tugas perundangan dalam aspek pendakwaan, perbicaraan dan rayuan, nasihat perundangan, penggubalan undang-undang, penyemakan dan pembaharuan undang-undang, guaman dan hal ehwal antarabangsa
Tugasan
Meneliti, menyemak dan memberi nasihat undang-undang berkaitan kertas siasatan, pendakwaan, kes jenayah dan sivil.
Mengendalikan kes perbicaraan dan rayuan di Mahkamah Majistret, Seksyen, Tinggi dan Rayuan.
Membantu menggubal, menyemak dan menyediakan draf undang-undang, perundangan subsidiari, memo, perjanjian dan triti.
Memberi nasihat undang-undang kepada kerajaan, kementerian dan agensi, termasuk hal ehwal antarabangsa.
Menyediakan pandangan undang-undang, ulasan Jemaah Menteri, Kertas Kabinet, draf ucapan dan maklum balas soalan Parlimen.
Meneliti dan mengendalikan kes tuntutan sivil, penguatkuasaan penghakiman, kesalahan tort/kemalangan dan isu perlembagaan.
Menjalankan penyelidikan undang-undang, mengumpul maklumat, menilai keputusan mahkamah dan otoriti perundangan.
Menyelia kakitangan di bawahnya.
Menghadiri mesyuarat, seminar, bengkel, persidangan Parlimen dan rundingan antarabangsa.
Menyediakan persediaan untuk perbicaraan, rayuan dan pembaharuan undang-undang termasuk Notis/Petisyen Rayuan dan cetakan semula akta.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberi pendapat secara profesional, memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang undang-undang.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.