- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
26
Profesional Perundangan
Kumpulan Kecil
261
Profesional Perundangan
Kumpulan Unit
2611
Peguam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2611-01
Bandingkan
Peguam
Peguam menasihati dan mewakili individu, perniagaan dan badan awam dalam hal ehwal perundangan. Mereka memberikan pendapat perundangan, menjalankan penyelidikan, menyediakan dan menyemak dokumen perundangan, dan mewakili pelanggan dalam prosiding mahkamah atau rundingan. Kerja mereka merangkumi pelbagai bidang amalan, termasuk litigasi, hal ehwal korporat dan komersial, transaksi harta benda, kes jenayah dan bidang undang-undang lain, memastikan pematuhan dengan perundangan yang terpakai dan perlindungan hak dan kepentingan pelanggan.
Tugasan
Memberikan nasihat dan perundingan perundangan kepada pelanggan.
Menyediakan, merangka dan menyemak kontrak, perjanjian dan dokumen perundangan lain.
Mewakili pelanggan di mahkamah, timbang tara atau prosiding penyelesaian pertikaian.
Menjalankan penyelidikan dan analisis perundangan untuk menyokong strategi kes.
Mentafsir undang-undang, peraturan dan keputusan untuk individu dan organisasi.
Berurusan dengan pelanggan, agensi kerajaan dan profesional perundangan lain berkaitan hal ehwal perundangan.
Memantau risiko perundangan dalam dokumentasi dan memastikan kelulusan yang diperlukan diperoleh sebelum dokumen perundangan dilaksanakan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran analitikal yang kukuh untuk mentafsir undang-undang dan membina kes.
Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang cemerlang.
Pemikiran kritis dan pertimbanagn undang-undang yang tepat.
Pengurusan masa yang berkesan dan kebolehan untuk bekerja di bawah tekanan.
Perhatian terhadap perincian dan kemahiran pengurusan pelanggan.
Khusus
Kecekapan dalam advokasi dan perwakilan di mahkamah.
Kecekapan dalam analisis dan tafsiran perundangan untuk pelanggan dan organisasi.
Kecekapan dalam penilaian risiko perundangan dan pemberian nasihat.
Kecekapan dalam pentadbiran fail perundangan dan pengurusan rekod.
Kemahiran dalam menjalankan penyelidikan perundangan menggunakan pangkalan data dalam talian dan sumber lain.
Kemahiran dalam merangka, menyemak dan mentafsir kontrak serta dokumen perundangan mengikut undang-undang Malaysia.
Kemahiran dalam penggunaan perisian perundangan dan sistem pengurusan dokumen.
Keupayaan untuk merundingkan penyelesaian, perjanjian dan urusan penyelesaian pertikaian.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.