- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
254
Profesional Kandungan Kreatif dan Digital
Kumpulan Unit
2543
Profesional Pereka Kandungan Kreatif
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2543-03
Bandingkan
Pereka UX (Pengalaman Pengguna) menjalankan penyelidikan dan analisis terhadap cara pengguna berinteraksi dengan produk, sistem atau perkhidmatan bagi mewujudkan pengalaman digital yang intuitif dan mudah diakses. Mereka mereka bentuk serta menambah baik antara muka untuk laman web, aplikasi mudah alih dan platform lain melalui wireframe, prototaip dan ujian kebolehgunaan, bagi memastikan reka bentuk memenuhi keperluan pengguna dan menyokong interaksi yang berkesan. Peranan ini menggabungkan pemahaman pengguna dengan reka bentuk visual dan interaksi untuk menghasilkan pengalaman yang lancar, menarik dan berfungsi dengan baik.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan pengguna dan ujian kebolehgunaan untuk memahami keperluan, tingkah laku, keperluan perniagaan, serta menilai keberkesanan reka bentuk.
Membangunkan rangka dawai, aliran pengguna, reka letak, dan prototaip interaktif untuk aplikasi web dan mudah alih.
Mereka bentuk antara muka berpusatkan pengguna berdasarkan dapatan penyelidikan, hasil kebolehgunaan, dan maklum balas pihak berkepentingan.
Membangunkan persona dan peta perjalanan pelanggan untuk menyokong dan membimbing keputusan reka bentuk.
Bekerjasama dengan pembangun, pengurus produk, dan pihak berkepentingan untuk memastikan pelaksanaan yang tepat serta sejajar dengan matlamat projek.
Menyelenggara spesifikasi dan dokumentasi reka bentuk antara user interface dan user experience (UI/UX), serta memastikan konsistensi dengan garis panduan penjenamaan dan piawaian kebolehcapaian merentas platform digital.
Membentangkan konsep dan penyelesaian reka bentuk kepada pihak berkepentingan serta menggabungkan maklum balas ke dalam penambahbaikan reka bentuk.
Mengemas kini pengetahuan berkaitan alat, trend, dan amalan terbaik pengalaman pengguna (UX) untuk menyokong penambahbaikan berterusan.
Kemahiran
Asas
Kebolehsuaian dan kerja berpasukan untuk bekerjasama dalam persekitaran yang dinamik.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kuat untuk bekerja secara berkesan dengan pengguna dan pasukan.
Mendengar secara aktif,bertutur dan kefahaman membaca untuk memahami dan menyampaikan idea dengan jelas.
Pemikiran berpusatkan pengguna dengan kreativiti dan perhatian terhadap perincian.
Penyelesaian masalah dan pemikiran analitikal untuk menangani cabaran kebolehgunaan dan reka bentuk.
Khusus
Kefahaman mengenai metodologi agile dalam proses reka bentuk dan pembangunan.
Kemahiran dalam menggunakan alat reka bentuk.
Kemahiran dalam wireframing, prototaip, dan penyelidikan pengguna untuk produk digital.
Pengetahuan dalam asas reka bentuk grafik untuk keseragaman estetika UI.
Pengetahuan dalam HTML, CSS, dan JavaScript asas untuk pelaksanaan antara muka.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk berpusatkan pengguna, piawaian kebolehcapaian, dan reka bentuk web responsif.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.