- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
254
Profesional Kandungan Kreatif dan Digital
Kumpulan Unit
2543
Profesional Pereka Kandungan Kreatif
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2543-01
Bandingkan
Pereka Web
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Pereka Web mereka bentuk dan membangunkan susun atur visual dan antara muka pengguna laman web untuk memastikan ia berfungsi, mudah diakses dan sejajar dengan penjenamaan organisasi. Mereka merancang dan melaksanakan struktur halaman, sistem navigasi dan elemen interaktif serta menguji laman web untuk memastikan keserasian dan kebolehgunaan merentasi pelbagai pelayar dan peranti. Mereka bertanggungjawab menyelia proses reka bentuk daripada konsep hingga penggunaan, memastikan pengalaman pengguna yang berkesan dan konsisten.
Tugasan
Membangunkan konsep reka bentuk laman web yang asli untuk meningkatkan kebolehgunaan dan estetika.
Menyediakan wireframe, aliran pengguna, papan cerita, dan peta laman untuk mentakrif struktur dan navigasi laman web.
Melaksanakan reka bentuk antara muka pengguna visual daripada konsep hingga pelaksanaan akhir.
Bekerjasama dengan pembangun dan pihak berkepentingan untuk memastikan reka bentuk selaras dengan keperluan teknikal dan objektif projek.
Membangunkan dan menyelenggara spesifikasi antara muka pengguna serta dokumentasi reka bentuk yang terperinci.
Menjalankan penyelidikan pengguna dan ujian kebolehgunaan serta menambah baik antara muka berdasarkan dapatan.
Memastikan reka bentuk laman web responsif dan serasi merentas pelbagai peranti dan saiz skrin.
Membentangkan konsep dan hasil reka bentuk kepada pihak berkepentingan serta menambah baik reka bentuk berdasarkan maklum balas.
Kemahiran
Asas
Kemahiran dalam HTML,CSS dan asas JavaScript untuk menyokong tugasan reka bentuk web.
Kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan yang kukuh untuk bekerjasama dengan berkesan.
Pemahaman asas tentang prinsip reka bentuk responsif dan merentas pelayar.
Pemikiran kritis untuk menyelesaikan masalah reka bentuk dan kebolehgunaan.
Perhatian terhadap butiran dan pandangan estetik dalam reka bentuk visual.
Khusus
Kecekapan dalam menghasilkan prototaip interaktif dan mock-up berkualiti tinggi.
Kecekapan dalam mengintegrasikan grafik bergerak dan animasi ke dalam kandungan web.
Kecekapan dalam pembangunan dan pengurusan laman web menggunakan Content Management Systems (CMS).
Kecekapan dalam penggunaan alat reka bentuk grafik.
Kecekapan dalam penggunaan sistem kawalan versi.
Kecekapan dalam reka bentuk antara user interface (UI) dan pengoptimuman user experience (UX).
Kecekapan dalam susun atur dan penggayaan laman web menggunakan Cascading Style Sheets (CSS).
Pengetahuan dalam prinsip Search Engine Optimisation (SEO) dan piawaian kebolehcapaian web.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.