- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
253
Profesional Keselamatan Teknologi Maklumat
Kumpulan Unit
2531
Profesional Keselamatan Siber
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2531-03
Bandingkan
Pegawai Keselamatan Maklumat bertanggungjawab merancang, melaksanakan dan menyelenggara langkah-langkah untuk melindungi sistem maklumat dan data sesebuah organisasi daripada ancaman siber, akses tanpa kebenaran dan pelanggaran. Mereka menilai kelemahan, mereka bentuk rangkaian selamat, memantau sistem keselamatan dan bertindak balas terhadap insiden, memastikan pematuhan dengan piawaian perundangan dan kawal selia. Peranan ini juga merangkumi pentadbiran harian infrastruktur keselamatan dan pembangunan strategi untuk mengurangkan risiko keselamatan maklumat.
Tugasan
Membangunkan, melaksanakan, dan menguatkuasakan dasar, prosedur, dan kawalan keselamatan maklumat dan data.
Menjalankan penilaian risiko dan kerentanan untuk mengenal pasti, mengutamakan, dan mengurangkan ancaman terhadap sistem dan rangkaian Information Technology (IT).
Memantau sistem, rangkaian, dan log keselamatan IT untuk mengesan aktiviti mencurigakan serta menyokong tindak balas insiden.
Mengurus, mengkonfigurasi, dan menyelenggara infrastruktur keselamatan termasuk tembok api, kawalan akses, dan alat keselamatan.
Bertindak balas terhadap insiden keselamatan siber dan data dengan menyelaras langkah mitigasi dan tindakan pembetulan.
Memberi panduan dan sokongan bagi operasi serta inisiatif keselamatan maklumat organisasi.
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang perlindungan data, peraturan keselamatan, serta dasar dan piawaian organisasi.
Menjalankan latihan kesedaran keselamatan siber dan menggalakkan amalan terbaik dalam kalangan pekerja.
Menilai dan menganalisis risikan ancaman serta data keselamatan untuk menyokong pengurusan risiko dan penambahbaikan operasi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan menyelesaikan masalah untuk bertindak balas terhadap isu keselamatan dan mencadangkan penambahbaikan.
Komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk melaporkan kejadian dan menyelaraskan tugasan dengan pihak berkepentingan.
Mendengar secara aktif dan kebolehan untuk bekerjasama secara berkesan dengan pengguna dan pasukan teknikal.
Pemikiran analitikal dan kritis yang kukuh untuk menilai ancaman keselamatan,risiko dan kejadian.
Perhatian terhadap perincian untuk mengenal pasti kelemahan dan memastikan pematuhan terhadap dasar dan prosuder keselamatan.
Khusus
Kecekapan dalam alat dan platform keselamatan siber, perisian antivirus, dan perkhidmatan keselamatan awan.
Kecekapan dalam bahasa penskripan untuk automasi keselamatan termasuk JavaScript dan alat berkaitan.
Kecekapan dalam mengurus dan mengkonfigurasi infrastruktur keselamatan dan sistem pengesanan pencerobohan.
Kompetensi dalam menganalisis perisian hasad, log keselamatan, dan ancaman keselamatan siber.
Kompetensi dalam pengurusan identiti dan akses.
Kompetensi dalam pentadbiran keselamatan rangkaian dan sistem serta amalan konfigurasi selamat.
Kompetensi dalam teknik penilaian risiko keselamatan, pengauditan, dan analisis ancaman.
Pengetahuan dalam dasar, prosedur, dan piawaian keselamatan maklumat.
Pengetahuan dalam rangka kerja pematuhan dan undang-undang perlindungan data.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2531-01
Eksekutif Keselamatan Siber
2531-02
Pakar Forensik Digital
2531-03
Pegawai Keselamatan Maklumat
2531-04
Juruanalisis Keselamatan Siber
2531-05
Juruanalisis Ujian (Teknologi Maklumat)
2531-06
Jurutera Infrastruktur Keselamatan
2531-07
Penilai Keselamatan Internet
2531-08
Perunding Keselamatan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.