- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
252
Profesional Pangkalan Data dan Rangkaian
Kumpulan Unit
2524
Profesional Data
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2524
Bandingkan
Profesional Data mengkhusus dalam bidang sains data, yang menyediakan maklumat penting berdasarkan sejumlah data yang kompleks atau data besar. Ia menggabungkan pelbagai bidang kerja dalam statistik dan pengiraan untuk mentafsir data bagi tujuan membuat keputusan.
Tugasan
Menyediakan dokumen untuk menggariskan sumber data, model dan algoritma yang digunakan dibangunkan.
Mengekstrak data dari sumber data.
Mencadangkan kegunaan baru untuk sumber dan struktur data sedia ada.
Menggabungkan pelbagai set data untuk membina set data besar dan kompleks.
Membina perisian untuk membersih, menggabung dan mengurus data.
Membuat teknik pengekstrakan data untuk menyiasat petunjuk, mengenal pasti corak keteraturan dalam data.
Melaksanakan proses automatik untuk menghasilkan model skala.
Membangunkan kod kompleks, skrip dan saluran data untuk memproses data berstruktur dan tidak berstruktur.
Menguji konfigurasi sistem data untuk meningkatkan kecekapan.
Menjalankan pencarian, visualisasi data, dan fungsi analisis lanjutan.
Memantau prestasi sistem data.
Memudahkan pembersihan dan pengayaan data.
Melakukan pemeriksaan data dan semakan kawalan kualiti.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.