Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2522-05
Bandingkan
Arkitek Penyelesaian Pengkomputeran Awan mereka bentuk, membangun dan melaksanakan infrastruktur dan aplikasi berasaskan awan yang selamat dan boleh diskala yang menyokong objektif organisasi. Mereka menilai keperluan perniagaan dan teknikal, menyediakan panduan pakar tentang strategi awan, migrasi dan pengoptimuman serta bekerjasama dengan pihak berkepentingan, pasukan IT dan rakan kongsi luaran untuk memastikan penggunaan, penerimaan dan pengendalian penyelesaian awan yang cekap.
Tugasan
Mereka bentuk dan melaksanakan seni bina serta persekitaran pengkomputeran awan berdasarkan keperluan perniagaan dan teknikal.
Membangunkan dan menyelenggara pelan tindakan seni bina awan serta dokumentasi teknikal.
Memilih, mengkonfigurasi dan mengintegrasikan perkhidmatan serta aplikasi awan mengikut reka bentuk seni bina.
Merancang dan menyelia migrasi aplikasi serta sistem ke platform awan.
Bekerjasama dengan pasukan pembangunan, infrastruktur dan pelanggan untuk memastikan penyelesaian awan sejajar dengan keperluan.
Memastikan prestasi, kebolehskalaan, kebolehpercayaan dan pematuhan keselamatan sistem awan.
Melaksanakan ujian sistem dan integrasi termasuk ujian penerimaan pengguna bagi mengesahkan kefungsian.
Mereka bentuk dan melaksanakan penyelesaian sandaran data serta pemulihan bencana untuk persekitaran awan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk menilai dan mereka bentuk penyelesaian awan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk menyampaikan idea teknikal dengan jelas dan melibatkan pihak berkepentingan.
Kemahiran pengurusan projek dan masa,dengan kebolehsuaian terhadap teknologi awan yang baru muncul.
Pemikiran kritis untuk menilai pilihan seni bina awan dan membuat keputusan termaklum.
Pendengaran aktif dan pemahaman untuk memahami keperluan perniagaan dan teknikal dengan tepat.
Khusus
Kecekapan dalam amalan DevOps.
Kecekapan dalam bahasa skrip dan pengaturcaraan untuk automasi dan pembangunan penyelesaian.
Kecekapan dalam integrasi sistem awan dengan persekitaran setempat dan hibrid termasuk pertimbangan rangkaian dan pangkalan data.
Kecekapan dalam pengkontenaaan dan seni bina mikroservis.
Kecekapan dalam platform pengkomputeran awan.
Keupayaan untuk menyelesaikan masalah dan mengoptimumkan seni bina serta prestasi sistem awan.
Pengetahuan dalam prinsip keselamatan awan, penilaian risiko dan rangka kerja pematuhan.
Pengetahuan dalam prinsip reka bentuk seni bina awan, amalan terbaik dan corak reka bentuk.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.