- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
252
Profesional Pangkalan Data dan Rangkaian
Kumpulan Unit
2521
Pereka dan Pentadbir Pangkalan Data
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2521
Bandingkan
Pereka dan Pentadbir Pangkalan Data
Pereka dan Pentadbir Pangkalan Data mereka bentuk, membangunkan, mengawal, menyelenggara dan membantu mencapai prestasi optimum, dan mengawal keselamatan pangkalan data.
Tugasan
Mereka bentuk dan membangunkan seni bina dan struktur pangkalan data projek sistem maklumat.
Mereka bentuk, membina, mengubahsuai, menyepadu, melaksana dan menguji sistem pengurusan pangkalan data.
Menjalankan penyelidikan dan memberi nasihat tentang pemilihan, aplikasi, dan pelaksanaan alat pengurusan pangkalan data.
Membangunkan dan melaksanakan dasar, dokumentasi, standard dan model pentadbiran data.
Membangunkan dasar dan prosedur akses pangkalan data untuk sandaran dan pemulihan data.
Menjalankan operasi dan penyelenggaraan pencegahan untuk sandaran dan pemulihan, dan menguatkuasakan kawalan keselamatan dan integriti.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.