Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2521-02
Bandingkan
Pentadbir Pangkalan Data mereka bentuk, melaksanakan dan menyelenggara pangkalan data bagi memastikan penyimpanan serta capaian maklumat yang boleh dipercayai, selamat dan cekap. Mereka mengurus prestasi, integriti dan keselamatan pangkalan data, serta bertanggungjawab menyelesaikan masalah, mengemas kini dan mengoptimumkan sistem bagi mengekalkan ketersediaan dan konsistensi data.
Tugasan
Mereka bentuk, melaksanakan, dan menyelenggara struktur pangkalan data untuk memenuhi keperluan sistem dan aplikasi.
Memantau prestasi pangkalan data dan mengoptimumkan pertanyaan dan operasi untuk memastikan keberkesanan dan kebolehpercayaan.
Memastikan keselamatan data melalui kawalan akses, protokol keselamatan, dan pematuhan kepada piawaian peraturan.
Melaksanakan sandaran berkala dan membangunkan strategi pemulihan untuk melindungi data.
Membangunkan dan melaksanakan polisi, piawaian dan dokumentasi pentadbiran data.
Bekerjasama dengan pasukan pembangunan untuk menyokong integrasi dan prestasi aplikasi.
Mereka dan membangunkan seni bina pangkalan data yang boleh diskala untuk sistem maklumat perniagaan.
Menyelaras dan koordinasikan operasi pangkalan data untuk mengekalkan konsistensi, ketepatan, dan keberkesanan operasi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk menangani isu prestasi dan intergriti pengkalan data.
Kemahiran komunikasi yang berkesan untuk bekerjasama dengan pasukan dan menerangkan isu teknikal.
Mendengar secara aktif untuk memahami keperluan dan memberi maklum balas secara berkesan.
Pemikiran kritis unyuk menilai penyelesaian dan membuat keputusan yang tepat.
Perhatian terhadap butiran bagi memastikan ketepatan,konsistensi dan keselamatan data.
Khusus
Kepakaran dalam melaksanakan penyimpanan data dan menyokong keperluan perisikan perniagaan.
Kepakaran dalam memastikan keselamatan pangkalan data, perlindungan data, dan pematuhan peraturan.
Kepakaran dalam mengautomasikan tugas pangkalan data menggunakan bahasa skrip.
Kepakaran dalam mengurus pangkalan data berasaskan awan pada platform.
Kepakaran dalam mengurus pemindahan data, integrasi, dan naik taraf sistem.
Kepakaran dalam menulis dan mengoptimumkan pertanyaan SQL untuk laporan, diagnostik, dan analisis data.
Kepakaran dalam mereka bentuk dan melaksanakan seni bina pangkalan data yang boleh diskala dan berkesan.
Kepakaran dalam penyelarasan prestasi pangkalan data dan perancangan pemulihan bencana.
Kepakaran dalam sistem pangkalan data.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.