- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2519
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2519-02
Bandingkan
Juruaudit Teknologi Maklumat
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Juruaudit Teknologi Maklumat memeriksa dan menilai sistem maklumat, infrastruktur dan proses organisasi untuk memastikan kecekapan, keselamatan dan pematuhan peraturan. Mereka mengenal pasti risiko, menilai kawalan dan mengesyorkan penambahbaikan untuk memperkukuh tadbir urus IT, melindungi data dan meningkatkan kebolehpercayaan dan keberkesanan operasi IT.
Tugasan
Melaksanakan audit sistem teknologi maklumat (IT) untuk menilai kawalan, integriti data, dan pematuhan terhadap polisi dan peraturan.
Menilai langkah keselamatan siber dan amalan pengurusan risiko IT.
Mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan infrastruktur IT.
Menyediakan laporan audit yang jelas dan terperinci beserta cadangan.
Memberi nasihat dan cadangan kepada pengurusan mengenai kawalan sistem IT dan tindakan pembetulan.
Memantau dan menguji sistem dan perisian IT untuk menyokong penemuan audit dan menilai kebolehpercayaan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan komunikasi dan interpersonal yang cemerlang.
Kemahiran analitikal dan penyelesaian masalah yang kuat.
Pemikiran kritis dan pendengaran aktif.
Pengurusan masa yang berkesan dan kebolehan untuk bekerja secara bebas atau dalam pasukan.
Perhatian yang teliti terhadap perincian.
Khusus
Kemahiran dalam alat audit dan analisis data.
Kemahiran dalam rangka kerja audit teknologi maklumat (IT) .
Kompetensi dalam analisis, pengesahan, dan pelaporan data.
Pengetahuan dalam prinsip keselamatan siber dan pengurusan risiko IT.
Pengetahuan tentang piawaian pematuhan peraturan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.