- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2519
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi yang Tidak dikelaskan di Mana-mana
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2519-01
Bandingkan
Penguji Sistem
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Penguji Sistem membangunkan dan melaksanakan ujian untuk memastikan perisian dan sistem memenuhi keperluan fungsian, teknikal dan perniagaan sebelum dikeluarkan. Mereka mereka bentuk dan melaksanakan pelan ujian, mengenal pasti dan mendokumentasikan kecacatan, menilai prestasi dan kebolehpercayaan dan bekerjasama rapat dengan pasukan pembangunan dan produk untuk menyelesaikan isu. Peranan ini merangkumi ujian manual dan automatik, menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan kestabilan keseluruhan aplikasi dan platform perisian.
Tugasan
Mereka bentuk dan mendokumentasikan pelan ujian, kes ujian dan skrip ujian berdasarkan keperluan fungsian, teknikal dan perniagaan.
Melaksanakan ujian manual dan automatik untuk mengesahkan kefungsian perisian, aplikasi dan sistem.
Mengkonfigurasi dan menyelenggara perisian serta persekitaran ujian untuk aktiviti pengujian.
Mengenal pasti, merekod, menjejak dan mengurus kecacatan perisian menggunakan alat penjejakan pepijat.
Bekerjasama dengan pembangun dan pihak berkepentingan untuk menyelesaikan kecacatan dan meningkatkan kualiti sistem.
Menjalankan ujian regresi, integrasi, prestasi dan keselamatan untuk memastikan kestabilan, kebolehpercayaan dan pematuhan sistem.
Menganalisis hasil ujian dan mengenal pasti isu untuk penyiasatan serta penyelesaian.
Menyediakan dan menyelenggara dokumentasi pengujian, laporan dan rekod kecacatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dan bekerjasama dalam satu pasukan,menyesuaikan diri dengan keperluan projek.
Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritis yang kukuh untuk mengenal pasti dan menilai isu perisian.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk pelaporan yang jelas dan kerjasama pasukan.
Memahami prinsip pengujian perisian dan metodologi pengujian yang berstruktur.
Perhatian terhadap butiran untuk mengesan,mendokumentasidan menyelesaikan pepijat dengan tepat.
Khusus
Kecekapan dalam alat automasi ujian.
Kecekapan dalam alat penjejakan pepijat dan pengurusan ujian seperti Jira atau Bugzilla.
Kecekapan dalam alat ujian prestasi dan beban.
Kecekapan dalam bahasa pengaturcaraan atau penskripan untuk pembangunan ujian.
Kecekapan dalam pengujian, penyahpepijatan dan penyelesaian masalah kecacatan perisian.
Keupayaan untuk menganalisis, mendokumentasikan dan melaporkan hasil ujian bagi penambahbaikan kualiti.
Pengetahuan dalam pangkalan data dan Structured Query Language (SQL) untuk pengesahan data dan semakan integriti data.
Pengetahuan dalam saluran integrasi berterusan dan penghantaran berterusan (CI/CD), persekitaran ujian berasaskan awan dan alat pengkontena.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.