- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2513
Pembangun Web dan Multimedia
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2513
Bandingkan
Pembangun Web dan Multimedia
Pembangun Web dan Multimedia menggabungkan pengetahuan reka bentuk dan teknikal untuk menyelidik, menganalisis, menilai, mereka bentuk, mengatur cara, dan mengubahsuai laman web dan aplikasi yang memaparkan teks, grafik, animasi, pengimejan, audio dan video, dan media interaktif lain.
Tugasan
Menganalisis, mereka bentuk dan membangunkan laman Internet dengan menggunakan hasil seni dan kreativiti dengan menggunakan pengaturcaraan perisian dan bahasa penskripan dan antara muka dengan persekitaran operasi.
Mereka bentuk dan membangunkan animasi digital, pengimejan, persembahan, permainan, audio dan klip video, dan aplikasi Internet dengan menggunakan perisian multimedia, perkakasan dan utiliti, grafik interaktif, dan bahasa pengaturcaraan.
Berhubung dengan pakar rangkaian berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan web seperti keselamatan dan hosting laman web untuk mengawal dan menguatkuasakan keselamatan Internet dan pelayan web, peruntukan ruang, akses pengguna, laman web sandaran dan perancangan pemulihan bencana.
Mereka bentuk, membangunkan dan menyepadukan kod komputer dengan input khusus lain seperti fail imej, fail audio dan penskripan bahasa untuk menghasilkan, menyelenggara dan menyokong laman web.
Membantu menganalisis, menetapkan, dan membangunkan strategi Internet, metodologi pangkalan web dan pelan pembangunan.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.