- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
25
Profesional Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kumpulan Kecil
251
Pembangun dan Juruanalisis Perisian dan Aplikasi
Kumpulan Unit
2512
Pembangun Perisian
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2512-01
Bandingkan
Pembangun Perisian
STEM
Pekerjaan yang merangkumi elemen Sains, Teknologi, Kejuruteraan atau Matematik
TVET
Skop TVET berdasarkan standard pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri
GIG
Sebuah model dimana individu menawarkan akses kepada perkhidmatan atau aset menerusi platform digital kepada pasaran
Pembangun Perisian mereka bentuk, membangun, menguji dan menyelenggara aplikasi perisian atau sistem IT untuk memenuhi keperluan organisasi atau pelanggan. Mereka menterjemahkan keperluan perniagaan dan teknikal kepada penyelesaian perisian yang berfungsi, termasuk aplikasi web, perusahaan dan pangkalan data, dan memastikan sistem beroperasi dengan cekap, selamat dan sentiasa dikemas kini. Kerja mereka selalunya melibatkan kerjasama dengan pihak berkepentingan, mengkonfigurasi dan mengintegrasikan aplikasi dan menyediakan sokongan berterusan untuk mengoptimumkan prestasi merentasi pelbagai platform dan teknologi.
Tugasan
Mengumpul dan menganalisis keperluan perniagaan, teknikal dan pengguna untuk membangunkan penyelesaian perisian yang berfungsi.
Mereka bentuk, membangun dan menyelenggara aplikasi perisian, sistem dan pangkalan data mengikut spesifikasi dan standard pembangunan.
Menulis, menyemak dan mengoptimumkan kod menggunakan bahasa pengaturcaraan, rangka kerja dan alat pembangunan yang sesuai.
Menjalankan pengujian, penyahpepijatan dan pengesahan untuk memastikan fungsi, prestasi dan kebolehpercayaan perisian.
Mengintegrasikan aplikasi perisian dengan sistem lain untuk memastikan keserasian, keselamatan dan integriti data.
Menyediakan dan menyelenggara dokumentasi teknikal, spesifikasi program dan bahan panduan pengguna.
Memberikan sokongan teknikal dan panduan bagi aplikasi perisian dan penggunaan sistem.
Menganalisis sistem dan aliran kerja perisian, mengenal pasti ketidakcekapan dan melaksanakan penambahbaikan.
Bekerjasama dengan pembangun, jurutera dan pihak berkepentingan perniagaan untuk menyokong pembangunan perisian dan integrasi sistem.
Memantau prestasi perisian dan sistem, serta melaksanakan kemas kini dan penambahbaikan mengikut keperluan.
-
PENGURUSAN INDUSTRI (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
APPLICATION SYSTEMS IMPLEMENTATION & INTEGRATION (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGURUSAN SISTEM KOMPUTER (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
ADVANCED GAME PROGRAMMING (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGATURCARAAN DATABASE (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PEMBANGUNAN DAN PENGURUSAN APLIKASI SERVER (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
PENGHASILAN PERSEKITARAN PERMAINAN 3D LANJUTAN (TAHAP 4) (Tahap 4)
-
PENGURUSAN PENGHASILAN PERSEKITARAN PERMAINAN 3D (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
RANGKAIAN KOMPUTER (TAHAP 4) (Tahap 4)
-
RANGKAIAN KOMPUTER (TAHAP 5) (Tahap 5)
-
INDUSTRY FORWARD (Tahap )
Kemahiran
Asas
Kebolehan analitikal dan penyelesaian masalah yang kukuh untuk menangani cabaran teknikal dan pembanggunan perisian.
Kebolehan berkerja secara bekerjasama dalam pasukan dan menyesuaikan diri dengan teknologi dengab perubahan teknologi dan keperluan projek.
Komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan termasuk mendengar secara aktif untuk kerjasama dengan ahli pasukan dan pihak berkepentingan.
Pemahaman tentang proses pembanggunan perisian,aliran sistem kerja dan alatan teknikal pengaturcaraan bahasa yang berkaitan.
Perhatian terhadap butiran untuk memastikan ketepatan,kualiti dan pematuhan dalam tugasan perisian,pengkalan data dan sistem.
Khusus
Kecekapan dalam bahasa pengaturcaraan untuk pembangunan perisian.
Kecekapan dalam kawalan versi, integrasi berterusan, amalan DevOps dan metodologi pembangunan Agile atau Scrum.
Kecekapan dalam rangka kerja pembangunan perisian dan teknologi pembangunan aplikasi.
Keupayaan dalam penyelesaian masalah, penyahpepijatan, pengujian dan jaminan kualiti bagi aplikasi perisian dan sistem bersepadu.
Kompetensi dalam analisis sistem, reka bentuk sistem dan seni bina perisian bagi aplikasi yang boleh diskalakan.
Pengetahuan dalam pengurusan pangkalan data hubungan dan bukan hubungan.
Pengetahuan dalam platform awan dan penggunaan aplikasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.