Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2511-06
Bandingkan
Juruanalisis Inovasi Teknologi menyelidik dan menilai teknologi baharu untuk membangun dan melaksanakan penyelesaian perkakasan dan perisian yang inovatif. Mereka mengenal pasti peluang berasaskan teknologi untuk menambah baik operasi perniagaan, mereka bentuk alatan digital dan memastikan penyepaduan sistem baharu yang berkesan ke dalam aliran kerja organisasi, menyokong kecekapan keseluruhan dan kemajuan teknologi.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan tentang teknologi baharu, alatan dan penyelesaian digital untuk mengenal pasti trend serta peluang inovasi yang berkaitan dengan objektif organisasi.
Mengenal pasti peluang inovasi teknologi yang dapat menambah baik operasi perniagaan, sistem dan aliran kerja.
Menjalankan kajian kebolehlaksanaan dan menilai potensi impak teknologi serta inisiatif inovasi yang dicadangkan.
Menganalisis keperluan teknologi maklumat, prosedur sedia ada dan masalah pengguna bagi mengenal pasti penyelesaian teknologi yang sesuai.
Bekerjasama dengan pasukan teknologi maklumat dan perniagaan untuk merancang dan melaksanakan penyelesaian teknologi yang inovatif.
Memantau pelaksanaan dan penerimagunaan teknologi baharu bagi menyokong penyepaduan yang berkesan ke dalam aliran kerja organisasi.
Menilai sistem dan aliran kerja sedia ada untuk mengenal pasti ketidakcekapan serta mencadangkan penambahbaikan berasaskan teknologi.
Menilai impak perniagaan dan prestasi teknologi yang telah dilaksanakan serta menyediakan laporan penilaian.
Memberi panduan dan sokongan bagi memastikan penerimagunaan dan penggunaan alatan serta sistem baharu yang berkesan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan berfikir secara analitikal dan kritis yang kukuh.
Kebolehsuaian dan kesediaan untuk mempelajari teknologi baharu.
Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang berkesan.
Kemahiran menyelesaikan masalah untuk menangani cabaran teknikal dan perniagaan.
Pendengaran aktif dan pemahaman untuk kerjasama yang berkesan.
Khusus
Kecekapan dalam analisis data.
Kompetensi dalam analisis dan reka bentuk sistem.
Kompetensi dalam transformasi digital dan penambahbaikan proses berasaskan teknologi.
Pengetahuan dalam asas pembelajaran mesin bagi projek inovasi teknologi.
Pengetahuan dalam konsep pengkomputeran awan dan penyepaduan sistem.
Pengetahuan dalam penilaian teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), Internet Kebendaan (IoT) dan rantaian blok.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.