- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
243
Profesional Jualan, Pemasaran, dan Perhubungan Awam
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2434
Bandingkan
Profesional Jualan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
Profesional Jualan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) menjual pelbagai perkakasan komputer, perisian, serta barangan dan perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi lain termasuk pemasangan dan menyediakan maklumat khusus menurut keperluan.
Tugasan
Mendapatkan pesanan dan menjual barangan kepada pertubuhan runcit, industri, borong, pertubuhan lain.
Menjual kelengkapan, bekalan, dan perkhidmatan teknikal kepada pertubuhan perniagaan atau individu.
Membincangkan keperluan pelanggan baru dan sedia ada dan menyediakan maklumat khusus tentang bagaimana kelengkapan, bekalan, dan perkhidmatan tertentu memenuhi keperluan tersebut.
Menyebut dan merundingkan harga, syarat kredit, mengikat kontrak, dan merekodkan pesanan.
Mengemas kini rekod pelanggan dan menyediakan laporan jualan.
Mengatur penghantaran barangan, pemasangan kelengkapan, dan penyediaan perkhidmatan.
Melaporkan reaksi dan keperluan pelanggan kepada pengilang.
Melaksanakan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.