Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2433
Bandingkan
Profesional Jualan Teknikal dan Perubatan (Tidak Termasuk ICT)
Profesional Jualan Teknikal dan Perubatan (Tidak Termasuk ICT) menambah baik, menasihat atau mengaplikasikan kaedah operasi khusus dalam penjualan produk perubatan dan penjagaan kesihatan termasuk pemasangan, kelengkapan dan produk teknikal, dan menyediakan maklumat khusus seperti yang diperlukan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menilai keperluan dan mengesyorkan barangan atau perkhidmatan yang sesuai.
Menghadiri mesyuarat syarikat, sesi penerangan dan taklimat data teknikal.
Peka tentang perkembangan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), menjangka impak negatif dan positif yang mungkin timbul ke atas perniagaan dan mengamalkan strategi sewajarnya.
Peka tentang aktiviti perkhidmatan kesihatan di kawasan tertentu.
Menyediakan maklumat mengenai reka bentuk di mana produk atau perkhidmatan hendaklah mengikut keperluan pelanggan.
Membuat laporan dan kertas kerja untuk menjalankan demonstrasi mengenai faedah produk atau perkhidmatan tersebut.
Mengatur penghantaran barangan, pemasangan peralatan dan penyediaan perkhidmatan.
Merancang, membuat penyelidikan dan penilaian.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.