Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2432-11
Bandingkan
Pegawai Penerangan Gred S9 bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota- nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai pegawai perhubungan awam di kementerian/jabatan.
Tugasan
Melaksanakan perbelanjaan mengurus tahunan bahagian, negeri dan daerah serta penyediaan belanjawan mengurus tahunan.
Menyediakan rangka kerja kempen, jaringan (networking) dan polisi/dasar berkaitan penyebaran maklumat mengenai falsafah, dasar dan wawasan negara.
Memastikan pelaksanaan program dan aktiviti di peringkat kebangsaan, negeri, bahagian dan daerah mengikut prosedur yang ditetapkan.
Menyelaras dan mengawal selia program serta aktiviti komunikasi bersemuka, perhubungan awam, media cetak dan elektronik, serta komunikasi visual.
Menilai, menyelidik dan membangunkan strategi, program dan sistem jaringan penyebaran maklumat, termasuk pengumpulan maklum balas secara sistematik.
Menilai dan merancang strategi pemantauan serta perisikan terhadap pendapat dan maklum balas awam mengenai isu-isu semasa di semua peringkat.
Menjalankan program latihan kakitangan mengikut keperluan, kemahiran dan perkembangan semasa bagi mencapai matlamat dan objektif jabatan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.