Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2432-10
Bandingkan
Perunding Imej menasihati pelanggan tentang cara meningkatkan imej peribadi atau profesional mereka dengan menilai dan menambah baik penampilan, tingkah laku dan komunikasi. Peranan ini melibatkan penyediaan panduan dan strategi untuk membantu pelanggan mempersembahkan diri mereka secara berkesan dan yakin dalam konteks sosial dan profesional.
Tugasan
Menilai imej peribadi, tingkah laku, gaya komunikasi dan penampilan pelanggan untuk mengenal pasti aspek yang perlu ditambah baik.
Memberi nasihat kepada pelanggan tentang pemilihan pakaian, dandanan, bahasa tubuh dan etika profesional untuk meningkatkan imej peribadi atau profesional mereka.
Membangunkan pelan penambahbaikan imej yang diperibadikan selaras dengan matlamat dan peranan profesional pelanggan.
Mengendalikan sesi perundingan secara individu dan sesi bimbingan berkumpulan mengenai penampilan imej dan penjenamaan peribadi.
Menganjur dan menyampaikan bengkel serta sesi latihan mengenai imej profesional dan komunikasi.
Menyelaras dengan pendandan rambut, jurusolek dan profesional lain untuk menyokong peningkatan imej pelanggan.
Mengurus sesi perundingan pelanggan, pengaturan latihan dan tugas pentadbiran yang berkaitan.
Kemahiran
Asas
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk berinteraksi secara berkesan dengan pelanggan.
Kemahiran mendengar secara aktif dan empati untuk memahami jangkaa pelanggan.
Kemahiran pengurusan masa dan organisasi bagi mengendalikan pelbagai pelanggan dengan serentak.
Kepekaan budaya dan kesedaran terhadap kepelbagaian pilihan pelanggan.
Pemikiran kritis untuk menyampaikan nasihat imej yang disesuaikan.
Khusus
Kecekapan dalam pengucapan awam, bimbingan dan penyampaian pembentangan.
Keupayaan untuk menjalankan penilaian imej pelanggan secara menyeluruh.
Pengetahuan dalam fesyen, gaya dan teknik dandanan peribadi.
Pengetahuan dalam penjenamaan peribadi dan penonjolan imej profesional.
Pengetahuan dalam teori warna dan aplikasinya kepada imej peribadi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.