Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-09
Bandingkan
Pegawai Penyelidik Gred Q12
Pegawai Penyelidik Gred Q12 menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundingan, pembentangan, diagnostik (termasuk laporan teknikal, research highlights, policy brief).
Tugasan
Merancang, menjalankan dan mengetuai projek penyelidikan di makmal dan lapangan termasuk pengumpulan dan penganalisaan data.
Menjalankan kerjasama dengan IPT serta menyelia dan mengkoordinasi pelaksanaan projek penyelidikan.
Menjalankan, menguruskan dan menyelia kerja-kerja diagnostik khas serta mengimplementasi pengurusan berkualiti.
Menyampaikan hasil penyelidikan melalui penerbitan saintifik, laporan teknikal dan pembentangan serta memberi khidmat runding dan latihan.
Mengurus pendaftaran projek, kelulusan etika, geran penyelidikan serta memantau kemajuan dan hasil projek.
Membina insan intelektual dan mempertingkatkan kompetensi diri melalui penyeliaan, latihan dan kursus.
Menyelaras proses inovasi serta penggunaan output atau rumusan penyelidikan termasuk IP, paten dan produk komersial.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Khusus
Berkebolehan memberi latihan, khidmat nasihat serta memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
Berkebolehan menganalisa penyata kewangan dan laporan berkaitan.
Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara profesional, menulis laporan berkualiti, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja.
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal mengikut bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.