Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-07
Bandingkan
Pegawai Sains Gred C9 bertanggungjawab dalam pengoperasian makmal pengajaran atau makmal penyelidikan dalam skop perolehan. Bertanggungjawab ke atas pengurusan makmal pengajaran amali mengikut program dan latihan ilmiah pelajar tahun akhir berjalan dengan lancar. Mengurus pengoperasian kerja lapangan kakitangan bawah seliaan mengikut prosedur. Memastikan pengurusan kawalan kualiti dilaksanakan. Merancang pembangunan pengetahuan dan kemahiran anggota organisasi. Merancang dan mengawal kewangan serta peralatan organisasi. Mengurus dan mengambil tindakan aduan pelanggan. Merancang dan memantau amali serta menguruskan taklimat keselamatan. Memastikan pembangunan kualiti organisasi sentiasa dikemaskini. Merancang sumber tenaga manusia.
Tugasan
Mengurus dan memastikan semua peralatan makmal berfungsi dengan baik, selamat digunakan serta mematuhi prosedur dan SOP yang ditetapkan.
Menyelaras dan melaksanakan kalibrasi peralatan makmal secara berkala mengikut jadual.
Memastikan penyimpanan bahan kimia dan bahan pakai habis mematuhi tatacara keselamatan dan penyimpanan.
Mengurus keperluan penyediaan amali berdasarkan buku panduan amali yang ditetapkan.
Mengurus proses bayaran kepada pembekal berkaitan keperluan makmal.
Mengurus operasi kerja lapangan (amali dan penyelidikan) termasuk agihan tugas serta pematuhan prosedur.
Menyemak, mengenal pasti dan mengesahkan permohonan kerja luar pejabat dan luar waktu pejabat.
Memastikan keperluan teknikal bagi aktiviti penyelidikan dan kerja lapangan dipenuhi.
Mengurus, memantau dan memberi panduan kepada pelajar latihan ilmiah berkaitan penggunaan serta peminjaman peralatan makmal.
Mengurus kawalan kualiti makmal termasuk penyediaan buku log penggunaan, penyelenggaraan dan dokumentasi instrumentasi.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan dalam menyediakan kertas kerja dan laporan yang berkualiti.
Berkebolehan memberi pendapat secara profesional dan membuat keputusan yang tepat dan cepat.
Berkemahiran dalam mengendalikan komputer.
Khusus
Berkebolehan dalam aplikasi sains dan bidang berkaitan.
Berkebolehan untuk bertugas dalam keadaan tekanan kerja yang tinggi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.