Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-06
Bandingkan
Pegawai Penyelidik Gred Q9 menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundingan, pembentangan, diagnostik (termasuk laporan teknikal, research highlights, policy brief).
Tugasan
Menjalankan projek penyelidikan sedia ada atau projek baru termasuk kerja-kerja makmal/lapangan serta pengurusan dan pengumpulan data penyelidikan.
Pembangunan model reaktor RTP menggunakan perisian MCNP serta pengukuran fluks neutron di Reaktor Triga Puspati.
Melakukan kerja quality assurance bagi GMP Tc-99m generator dan kajian penambahbaikan pengeluaran produk nuklear untuk kegunaan perubatan.
Menjalankan aktiviti penyelidikan berkaitan Nuclear Impact on Ecosystem, sub projek Study of Gaharu by products serta pembangunan bahan batuan berinovasi.
Menyampaikan hasil penyelidikan melalui penyediaan laporan saintifik/teknikal, pembentangan (lisan atau poster) dan penerbitan artikel.
Menggunakan peralatan dan perisian saintifik dengan betul dan tepat dalam kerja-kerja penyelidikan.
Mengurus dan melaksanakan kerja-kerja diagnostik khas termasuk pengurusan kualiti (IQC, EQC) dan akreditasi ujian.
Menjalankan tugas pengurusan penyelidikan termasuk memproses pendaftaran projek, kelulusan etika, permohonan geran serta memantau kemajuan projek.
Mengurus dan menyelaras aktiviti kualiti dan pentadbiran seperti ISO, Amalan 5S, verifikasi aset, pengurusan kursus/persidangan serta pengemaskinian pangkalan data INIS dan WINSPIR.
Membina insan intelektual.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkemahiran dalam menggunakan komputer.
Khusus
Berkebolehan memberi latihan, khidmat nasihat serta memenuhi keperluan dan jangkaan pihak berkepentingan.
Berkebolehan menganalisa penyata kewangan dan laporan berkaitan.
Bertanggungjawab menjalankan penyelidikan secara profesional, menulis laporan berkualiti, membuat pembentangan dan menerbitkan kertas kerja.
Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja makmal mengikut bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.