Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-04
Bandingkan
Pegawai Penyelidik merancang, menjalankan dan mengurus projek penyelidikan untuk menjana pengetahuan baharu, membangunkan penyelesaian inovatif dan menyokong objektif organisasi merentasi bidang saintifik, teknikal dan perindustrian. Mereka mereka bentuk dan melaksanakan eksperimen, mengumpul dan menganalisis data dan menyumbang kepada pembangunan proses, teknologi atau produk baharu.
Tugasan
Mengumpul, mengurus dan menganalisis data penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.
Mereka bentuk dan melaksanakan projek penyelidikan untuk menjana pengetahuan baharu serta menambah baik teknologi atau proses.
Membangunkan dan mengoptimumkan kaedah eksperimen bagi aktiviti penyelidikan.
Menilai dapatan penyelidikan untuk potensi pembangunan dan aplikasi praktikal.
Bekerjasama dengan pasukan pelbagai disiplin dan pihak berkepentingan luar untuk menyokong objektif penyelidikan dan pembangunan.
Menyediakan laporan dan dokumentasi yang tepat berkaitan kaedah penyelidikan, dapatan dan penambahbaikan proses.
Memastikan aktiviti penyelidikan mematuhi keperluan etika, keselamatan dan alam sekitar.
Mengikuti perkembangan semasa saintifik dan teknologi dalam bidang yang berkaitan.
Menyokong penyelarasan inisiatif penyelidikan dan pembangunan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan memahami dokumentasi teknikal dan mengaplikasikan metodologi penyelidikan.
Kecekapan dalam perisian Microsoft Office dan teknik penyelidikan asas.
Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritis yang kukuh untuk menyelesaikan masalah penyelidikan.
Kemahiran komunikasi bertulis dan lisan yang berkesan,termasuk mendengar secara aktif dan bertutur dengan jelas.
Perhatian terhadap butiran dan kebolehan organisasi dan pengurusan masa yang kukuh.
Khusus
Kecekapan dalam menyediakan dokumentasi teknikal dan laporan penyelidikan berstruktur.
Kecekapan dalam reka bentuk eksperimen dan pelaksanaan penyelidikan dalam persekitaran saintifik dan teknikal.
Kecekapan dalam ujian analitikal, pengesahan proses dan analisis prestasi.
Kemahiran dalam analisis data dan alat statistik.
Keupayaan untuk memvisualkan dapatan penyelidikan bagi pelaporan dan pembentangan.
Keupayaan untuk mengoptimumkan proses penyelidikan dan menyokong penambahbaikan berterusan.
Pengetahuan dalam metodologi penyelidikan kualitatif dan kuantitatif.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.