Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2426-03
Bandingkan
Eksekutif Penyelidikan dan Pembangunan memimpin dan mengurus inisiatif penyelidikan bagi membangunkan serta menambah baik produk dan proses. Mereka merancang dan melaksanakan projek yang bertujuan meningkatkan produktiviti, kemampanan dan inovasi, menyelia aktiviti pengujian dan penilaian, serta memastikan pematuhan terhadap piawaian peraturan dan industri. Peranan ini melibatkan kerjasama dengan pasukan merentas fungsi untuk mengoptimumkan proses, mengekalkan integriti data, serta menyokong pertumbuhan organisasi melalui pembangunan kaedah, produk dan teknologi baharu.
Tugasan
Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan produk dan proses baharu yang inovatif.
Menambah baik kualiti, prestasi, dan kecekapan produk dan proses sedia ada melalui pengujian dan penambahbaikan.
Mereka bentuk dan melaksanakan kajian percubaan serta eksperimen bagi pembangunan produk dan proses.
Memastikan pematuhan terhadap keperluan kawal selia, prosedur operasi standard (SOP), dan piawaian industri.
Bekerjasama dengan pasukan pengeluaran, jaminan kualiti, kejuruteraan, dan pasukan rentas fungsi lain.
Menilai hasil penyelidikan untuk aplikasi praktikal serta penambahbaikan proses atau produk.
Menyediakan laporan teknikal, dokumentasi, dan menyelenggara rekod penyelidikan dan pembangunan yang terperinci.
Menyelaras aktiviti penyelidikan dan pembangunan serta mengoptimumkan proses untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan kerja berpasukan dan bekerjasama ,termasuk mendengar secara aktif dan penyelarasan.
Kemahiran berfikir secara analitikal dan kritis yang kukuh untuk menilai data dan meyelesaikan masalah.
Kemahiran dalam menggunakan perisian komputer untuk analisis data dan tugasan penyelidikan.
Kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan untuk kerjasama dan pelaporan.
Perhatian terhadap butiran ,organisasi dan kemahiran pengurusan masa untuk melaksanakan projek.
Khusus
Kecekapan dalam metodologi penyelidikan dan pembangunan untuk penambahbaikan produk dan proses.
Kecekapan dalam visualisasi data, dokumentasi teknikal, dan pelaporan penyelidikan.
Keupayaan untuk mengaplikasikan dapatan penyelidikan bagi meningkatkan produktiviti, kualiti, dan kecekapan proses.
Kompetensi dalam pengesahan proses dan prosedur teknikal yang berkaitan dengan aktiviti penyelidikan dan pembangunan.
Kompetensi dalam pengujian analitikal, analisis prestasi, dan tafsiran data kuantitatif.
Pengetahuan dalam keperluan kawal selia, prosedur operasi standard (SOP), dan piawaian industri.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.