Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2422-01
Bandingkan
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9
Pegawai Tadbir dan Diplomatik Gred M9 bertanggungjawab merancang, menggubal, melaksana dan memantau dasar- dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.
Tugasan
Membantu Ketua Jabatan dalam urusan rutin pentadbiran.
Membantu merancang dasar yang bersesuaian dengan perubahan berpandukan hala tuju peranan jabatan.
Melaksanakan fungsi bahagian/unit yang dipertanggungjawab mengikut dasar utama jabatan.
Menyelaras aktiviti bahagian/unit mengikut sasaran jabatan.
Menyediakan laporan dan merekod aktiviti bahagian/unit dalam bentuk minit mesyuarat, kertas laporan, kertas maklum balas, dokumen penerbitan dan sebagainya kepada pihak pengurusan tertinggi atau Ketua Jabatan.
Menyelaras dan memantau maklumat yang diberi dan diterima berkaitan fungsi bahagian/unit.
Mewakili pegawai atasan ke mesyuarat melibatkan pelanggan dari dalam atau luar jabatan dan membuat tindakan susulan terhadap agenda yang dipersetujui.
Melaksanakan proses penyampaian perkhidmatan berdasarkan fungsi bahagian/unit di jabatan dilaksanakan dengan mengikut tuntutan perubahan, cekap dan berkesan setiap masa.
Membincang dan menyemak semula setiap tugasan yang diterima dari pegawai bawahan dan atasan untuk meminimumkan ketidaksempurnaan hasil kerja.
Mengkaji pendekatan kerja yang inovatif untuk diguna pakai demi merealisasikan matlamat jabatan dari semasa ke semasa.
Membudayakan persekitaran kerja yang penuh integriti dengan penerapan nilai yang bersesuaian dengan matlamat utama jabatan.
Kemahiran
Asas
Mempunyai kemahiran komunikasi lisan dan bertulis yang cemerlang dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Mempunyai kualiti interpersonal yang tinggi serta mampu memberikan pendapat secara profesional dan mengemukakan hujah dengan baik.
Khusus
Berkemahiran dalam bidang ICT.
Mempunyai penguasaan bahasa asing.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.