Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2412-04
Bandingkan
Pegawai Kewangan Pegawai Kewangan bertanggungjawab mengurus dan menyelia operasi kewangan sesebuah organisasi termasuk perakaunan, penyediaan bajet, pelaporan kewangan dan pemprosesan transaksi. Mereka menyediakan panduan kewangan strategik, menganalisis data kewangan, mengurus kredit dan kutipan, serta memastikan pematuhan terhadap keperluan statutori dan peraturan yang berkaitan. Peranan ini juga melibatkan memberi nasihat kepada pelanggan atau pihak berkepentingan dalaman mengenai pelaburan, pembiayaan dan perancangan kewangan jangka panjang bagi menyokong pembuatan keputusan yang bermaklumat serta meningkatkan nilai organisasi.
Tugasan
Membangunkan dan melaksanakan strategi kewangan yang selaras dengan matlamat organisasi dan pelanggan.
Menyediakan, menyemak dan menganalisis penyata kewangan, laporan dan ramalan.
Mengurus bajet, aliran tunai dan operasi kewangan harian.
Memastikan pematuhan terhadap piawaian perakaunan, keperluan statutori dan peraturan kewangan.
Menyelia kawalan dalaman, menyelaras audit dan menyokong aktiviti pematuhan cukai.
Menjalankan analisis kewangan serta menilai pilihan pelaburan dan pembiayaan.
Memberi nasihat kepada pelanggan atau pihak berkepentingan dalaman mengenai pelaburan, pembiayaan dan perancangan kewangan jangka panjang.
Menyediakan dan membentangkan pelan kewangan serta cadangan pelaburan kepada pihak berkepentingan.
Membina dan mengekalkan hubungan dengan pelanggan, bank, juruaudit dan pihak berkepentingan lain.
Memantau trend pasaran dan prestasi kewangan, serta menyesuaikan pelan kewangan apabila diperlukan.
Kemahiran
Asas
Kecekapan dalam perisian kewangan dan Microsoft Office Suite.
Kemahiran analitikal dan berangka yang kukuh untuk menilai dan mentafsir data kewangan dengan tepat.
Komunikasi lisan dan bertulis yang berkesan ,dengan mendengar secara aktif untuk menyampaikan nasihat kewangan serta bekerjasama dengan pelanggan dan pasukan.
Pemikiran kritis dan kebolehan menyelesaikan masalah untuk membuat keputusan kewangan yang tepat.
Perhatian terhadap butiran dan organisasi untuk memastikan ketepatan dan mengurus pelbagai tugasan kewangan.
Khusus
Kecekapan dalam pemodelan kewangan serta penilaian pilihan pelaburan dan pembiayaan.
Kecekapan dalam perancangan kewangan, analisis dan ramalan bagi menyokong keputusan strategik.
Keupayaan untuk menyelaras operasi kewangan dan menambah baik kecekapan proses.
Kompetensi dalam analisis perniagaan untuk menilai prestasi kewangan, risiko dan trend pasaran.
Kompetensi dalam mengurus portfolio kewangan dan memantau prestasi kewangan.
Kompetensi dalam pengurusan hubungan pelanggan dan penyelarasan penyelesaian kewangan dengan keperluan pelanggan.
Pemahaman tentang pasaran kewangan, produk kewangan dan strategi pelaburan.
Pengetahuan tentang Malaysian Financial Reporting Standards (MFRS), percukaian tempatan dan peraturan kewangan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.