Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2411-10
Bandingkan
Akauntan Gred WA9, WA10 mereka bentuk, membangun dan melaksanakan sistem perakaunan kerajaan dengan baik. Memberi khidmat nasihat dan meluluskan sistem perakaunan dan kewangan selaras dengan amalan terbaik. Memberi nasihat kepada pembuat keputusan berkaitan perakaunan dan kewangan.
Tugasan
Bertanggungjawab terhadap sistem-sistem yang telah dibangunkan dan diguna pakai.
Membuat tinjauan penyelidikan dan pemeriksaan mengenai pelbagai fungsi/ aktiviti/ aliran kerja serta tatacara sistem perakaunan kewangan yang digunakan.
Membantu merancang, menganalisa dan mengurus penyeragaman, pembentukan/ pembangunan sistem perakaunan bagi kerajaan negeri, kementerian dan jabatan.
Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan, mengawal belanjawan sesuatu projek dan mengawal bahan-bahan yang digunakan dalam sesuatu projek.
Menjalankan tugas-tugas operasi berkaitan akaun awam bulanan/ tahunan kerajaan persekutuan.
Kemahiran
Asas
Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik dengan anggota bawahan dan pelanggan.
Khusus
Berkeupayaan menjalankan kajian, penganalisaan dan perbandingan dengan piawaian perakaunan yang ditetapkan oleh agensi kerajaan dan badan profesional.
Mempunyai pengetahuan, kefahaman dan kemahiran tinggi dalam perakaunan kewangan.
Mempunyai tahap kecekapan yang tinggi dalam menyediakan laporan berkaitan pindahan peruntukan dan belanjawan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.