- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
24
Profesional Perniagaan dan Pentadbiran
Kumpulan Kecil
241
Profesional Kewangan
Kumpulan Unit
2411
Akauntan dan Juruaudit
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2411-07
Bandingkan
Ajuster menyiasat dan menilai tuntutan insurans untuk menentukan tahap pampasan, memeriksa kerosakan harta benda, kenderaan atau perniagaan. Mereka menilai kerugian, menyemak dokumentasi yang berkaitan, menemu bual penuntut dan saksi dan merundingkan penyelesaian dalam had polisi. Peranan ini termasuk memastikan tuntutan diproses secara adil dan segera, mengekalkan rekod yang tepat dan menyediakan laporan terperinci mengikut keperluan undang-undang dan peraturan.
Tugasan
Menyiasat tuntutan insurans dengan memeriksa kerosakan harta benda, kenderaan atau kerugian berkaitan perniagaan untuk menilai tahap kerosakan dan kerugian.
Mengumpul, mengesahkan dan menganalisis bukti tuntutan, termasuk gambar, laporan, anggaran dan kenyataan saksi.
Menyemak polisi insurans untuk menentukan perlindungan, pengecualian, liabiliti dan syarat tuntutan yang berkaitan.
Menemu bual dan berhubung dengan penuntut, saksi, penanggung insurans, wakil perundangan dan pihak berkaitan lain untuk menjelaskan maklumat tuntutan.
Menilai anggaran pembaikan, kos penggantian dan kerugian kewangan lain yang telah disahkan berkaitan tuntutan.
Menentukan pampasan tuntutan mengikut terma polisi, kerosakan yang disahkan, serta keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
Menyediakan laporan penyiasatan dan penilaian tuntutan yang terperinci dengan dapatan serta cadangan penyelesaian.
Merundingkan penyelesaian tuntutan dengan penuntut atau pihak ketiga dalam had polisi dan garis panduan organisasi.
Mengekalkan dokumentasi dan rekod tuntutan yang tepat, serta memastikan tuntutan diproses secara adil, segera dan mematuhi keperluan undang-undang, peraturan dan organisasi.
Kemahiran
Asas
Kebolehan analitikal yang kukuh untuk menilai butiran tuntutan dan membuat keputusan yang adil.
Kemahiran interpersonal yang baik untuk berhubung dengan penuntut dan pihak berkepentingan.
Kemahiran komunikasi yang cemerlang untuk temu duga,pelaporan dan rundingan.
Mendengar secara aktif dan berfikiran kritis untuk memahami isu dan menyelesaikan masalah.
Perhatian terhadap butiran dan intergriti ketika mengendalikan maklumat dan dokumentasi sensitif.
Khusus
Kecekapan dalam penilaian kerosakan, penilaian kerugian dan penentuan nilai tuntutan.
Kecekapan dalam penyiasatan tuntutan dan mengenal pasti ketidakselarasan atau ketidakteraturan dalam bukti sokongan.
Kemahiran menggunakan perisian pengurusan tuntutan dan sistem dokumentasi tuntutan.
Keupayaan untuk menyediakan laporan penyiasatan dan penilaian tuntutan yang jelas, tepat dan komprehensif.
Keupayaan untuk merundingkan penyelesaian tuntutan yang adil dan tepat pada masanya dalam had polisi dan garis panduan organisasi.
Pengetahuan dalam istilah perundangan dan teknikal berkaitan penilaian dan penyelesaian tuntutan insurans.
Pengetahuan dalam penilaian liabiliti, syarat polisi dan penentuan pampasan tuntutan.
Pengetahuan dalam tafsiran polisi insurans, penentuan perlindungan dan pematuhan peraturan tuntutan.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2411-01
Akauntan
2411-02
Perunding Cukai
2411-03
Pengawal Kos
2411-04
Pengawal Kewangan
2411-05
Juruaudit
2411-06
Eksekutif Gaji
2411-07
Ajuster
2411-08
Juruaudit Industri Halal
2411-09
Pegawai Pematuhan
2411-10
Akauntan Gred WA9, WA10
2411-11
Juruaudit Gred W9
2411-12
Akauntan Gred WA12, WA13
2411-13
Akauntan Gred WA14
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.