Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2393
Bandingkan
Jurulatih Teknologi Maklumat
Jurulatih Teknologi Maklumat membangun, menjadual dan menjalankan program latihan dan kursus untuk pengguna komputer dan teknologi maklumat yang lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyediakan dan membangunkan bahan latihan dan alat bantu pengajaran seperti buku panduan, alat bantu visual, tutorial online, model demonstrasi, dan rujukan sokongan dokumentasi latihan.
Melaksanakan analisis keperluan latihan.
Merangka bahan kursus dan dokumen lain seperti edaran, manual, dan latihan.
Menyediakan persekitaran dan sumber pembelajaran, termasuk menyediakan kelengkapan IT.
Membuat penyelenggaraan perkakasan dan perisian yang digunakan untuk tujuan latihan serta menasihati pihak pengurusan mengenai pembaikan atau peningkatan yang diperlukan .
Mengikuti perkembangan sistem, perisian, dan teknologi latihan dalam talian yang berkaitan.
Menguruskan rekod pentadbiran.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.