Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2351
Bandingkan
Guru Muzik
Guru Muzik mengajar teori, amali dan persembahan dalam muzik dan menganjurkan aktiviti pendidikan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Menyediakan dan menyampaikan pengajaran kepada pelajar tentang topik asas dalam muzik.
Mengatur kumpulan persembahan dan mengarah raptai mereka.
Merancang dan menyediakan pelajaran mengikut kurikulum yang telah ditetapkan/ dicadangkan.
Mengajar mata pelajaran yang berkenaan serta menyelia kerja sekolah dan disiplin pelajar.
Menyediakan, memberi dan memeriksa latihan, tugasan dan ujian untuk menilai kemajuan pelajar.
Menyediakan laporan tentang kerja pelajar serta berbincang dengan guru lain dan ibu bapa.
Mengambil bahagian dalam mesyuarat kakitangan, persidangan dan bengkel pendidikan.
Mengatur atau membantu dalam aktiviti kokurikulum.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.