Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2351-01
Bandingkan
Guru Muzik mengajar pelajar dalam teori muzik, persembahan dan apresiasi muzik merentasi pelbagai peringkat pendidikan. Mereka merancang dan menyampaikan pengajaran, menganjurkan aktiviti berkaitan muzik seperti koir atau kumpulan muzik, serta membimbing pelajar dalam membangunkan kemahiran teknikal, gaya peribadi dan kreativiti muzik. Peranan ini juga melibatkan pengarahaan persembahan serta penyelarasan aktiviti produksi berkaitan bagi memupuk pemahaman dan minat pelajar terhadap muzik.
Tugasan
Merancang dan menyampaikan pelajaran muzik yang merangkumi teori muzik, persembahan praktikal, dan konsep asas muzik.
Mengajar teknik vokal dan instrumental kepada pelajar untuk membangunkan kemahiran teknikal, ekspresi muzik, dan kreativiti mereka.
Menganjurkan dan mengarahkan koir sekolah, pancaragam, ensembel, atau kumpulan muzik lain.
Menyelia pelajar semasa pelajaran dan aktiviti muzik serta mengekalkan disiplin bilik darjah.
Menilai dan mentaksir kemajuan muzik pelajar dari segi persembahan, pemahaman, dan penyertaan.
Menyediakan pelajar untuk persembahan, pertandingan, dan peperiksaan muzik.
Menganjurkan atau membantu dalam aktiviti dan acara kokurikulum berkaitan muzik.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mengajar teori muzik dan kemahiran praktikal dengan berkesan.
Kecekapan dalam memainkan satu atau lebih alatan music.
kemahiran komunikasi dan interpersonal yang kukuh untuk melibatkan dan memotivasikan pelajar.
Kemahiran organisasi dan kreativiti dalam merancang pengajaran dan persembahan.
Pendengaran aktif dan memberi respon terhadap keperluan pembelajaran pelajar.
Khusus
Kecekapan dalam bacaan pandang dan interpretasi muzik.
Kecekapan dalam menggunakan teknologi muzik dan alat pengajaran digital.
Keupayaan untuk mengajar teknik vokal dan instrumental.
Keupayaan untuk menggubah susunan muzik dan mencipta muzik untuk tujuan pendidikan.
Keupayaan untuk menilai dan mentaksir kemajuan muzik pelajar.
Keupayaan untuk mereka bentuk dan menyampaikan pelajaran muzik yang menarik.
Kompetensi dalam memimpin koir, pancaragam, ensembel, dan persembahan pelajar.
Pengetahuan tentang teori muzik, sejarah muzik, dan pelbagai gaya muzik.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.