Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311
Bandingkan
Profesional Perguruan Universiti dan Pendidikan Tinggi menyediakan dan menyampaikan kuliah dan tutorial bagi satu atau lebih subjek untuk kursus pengajian yang telah ditetapkan di universiti atau institusi pendidikan tinggi lain. Mereka menjalankan penyelidikan serta menyediakan kertas dan buku ilmiah.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan.
Memberi syarahan, menyelia projek tesis dan mengurus kerja-kerja amali/ tutorial, dan menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal.
Mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus dan melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Menyediakan khidmat perundingan untuk pelajar dan pihak luar, menyelia projek, tesis dan kertas kerja pelajar, menjalankan penyelidikan, menerbitkan jurnal, artikel, buku dan sebarang bentuk penerbitan berkaitan, memberi khidmat kemasyarakatan dan khidmat profesional, membantu membangunkan potensi dan sahsiah pelajar, dan mengurus aktiviti berkaitan akademik.
Mereka bentuk dan mengubahsuai kurikulum serta menyediakan kursus pengajian mengikut keperluan.
Menggalakkan perbincangan dan pemikiran bebas di kalangan pelajar.
Menyelidik dan membangunkan konsep, teori dan kaedah operasi bagi pengaplikasian dalam industri dan bidang lain.
Membantu dalam aktiviti kokurikulum.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.