Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-16
Bandingkan
Pensyarah Farmasi Gred DUF14
Pensyarah Farmasi Gred DUF14 bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, memberi perkhidmatan klinikal di farmasi hospital atau perkhidmatan di farmasi komuniti, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak/ menyediakan kurikulum/ silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.
Tugasan
Menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan untuk memperluaskan bidang pengetahuan dan menyokong aktiviti pengajaran yang lebih berkesan.
Mengendalikan pengajaran sebagai tugas rasmi/hakiki staf, termasuk penyeliaan projek tahun akhir dan latihan amali.
Menjalankan tugas mengajar mengikut jadual dan beban tugas pengajaran yang ditetapkan, penyediaan dan pemeriksaan skrip peperiksaan, pengawasan peperiksaan dan menjadi penasihat kepada pelajar dalam hal akademik.
Memberikan perkhidmatan klinikal dan khidmat nasihat farmasi di hospital (termasuk pendispensan, kaunseling, Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR), Therapeutic Drug Monitoring (TDM), Total Parental Nutrition (TPN), Drug Information Service, Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC)) atau di farmasi komuniti (pendispensan, kaunseling, pengurusan stok).
Mengambil bahagian dalam kepimpinan akademik, pengiktirafan dan sanjungan, termasuk meraih anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakaran melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu, termasuk perundingan berbayar atau tidak berbayar, dan projek khidmat masyarakat.
Terlibat dalam khidmat kepada universiti melalui jawatan pentadbiran termasuk Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras, atau keupayaan/ kepakaran individu.
Menjalankan khidmat kepada masyarakat di luar universiti, khususnya dalam bidang/aktiviti bukan akademik.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.