Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-13
Bandingkan
Pensyarah Kanan (Pergigian) Gred DUG13
Pensyarah Kanan (Pergigian) Gred DUG13 bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan/ pergigian.
Tugasan
Fungsi dan bidang tugas bagi jawatan Pensyarah Kanan adalah sebanyak 20% untuk sumbangan penyelidikan dan penerbitan, 50% untuk pengajaran dan penyeliaan, 5% untuk sanjungan dan kepimpinan akademik, 5% untuk perundingan, 10% untuk khidmat kepada universiti dan 10% untuk khidmat kepada masyarakat.
Menyumbang kepada penyelidikan dan penerbitan untuk memperluaskan bidang pengetahuan dan menyokong aktiviti pengajaran yang lebih berkesan.
Mengendalikan pengajaran sebagai tugas rasmi/hakiki staf.
Menyelia projek akhir dan latihan amali pelajar.
Mengambil bahagian dalam sanjungan dan kepimpinan akademik, termasuk meraih anugerah akademik, penilaian tesis, artikel, jurnal kenaikan pangkat, penilai kertas kerja, penglibatan dalam persatuan akademik dan profesional, syarahan undangan, ucap utama, dilantik sebagai ahli lembaga penyunting jurnal dan sebagainya.
Memberikan khidmat perundingan dalam bidang kepakaran melalui pelantikan untuk menyelesaikan masalah tertentu, termasuk perundingan berbayar atau tidak berbayar, dan projek khidmat masyarakat.
Terlibat dalam khidmat kepada universiti melalui jawatan pentadbiran, termasuk Dekan/ Pengarah, Timbalan Dekan/ Timbalan Pengarah/ Ketua Jabatan/ Pengerusi/ Penyelaras, atau keupayaan/ kepakaran individu.
Menjalankan khidmat kepada masyarakat di luar universiti, khususnya dalam bidang/aktiviti bukan akademik.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis.
Berkebolehan memberi khidmat nasihat dan mengemukakan hujah dengan baik.
Berkebolehan memberikan pendapat secara profesional.
Khusus
Berkebolehan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
Berkebolehan menulis artikel, jurnal dan bahan penerbitan.
Berkemahiran dalam pelbagai perisian komputer berkaitan dengan penyelidikan serta kaedah pengajaran dan pembelajaran.
Berpengetahuan luas dalam bidang penyelidikan dan inovasi.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.