Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-06
Bandingkan
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti)
Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Gred DH5, DH6, DH8 (Tenaga Pengajar di Politeknik dan Kolej Komuniti) bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan profesional meliputi aspek-aspek dan aktiviti-aktiviti seperti pengurusan pelajar, pengurusan organisasi, pengurusan dasar, penyelidikan, pengkomersilan dan khidmat nasihat, jaringan dan kolaborasi, serta pengurusan sumber manusia.
Tugasan
Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sekurang-kurangnya 16 jam seminggu, termasuk mentafsir kurikulum, merancang aktiviti, menyediakan bahan, menyampaikan teori dan amali, menilai prestasi pelajar, dan membuat penambahbaikan berterusan.
Melaksanakan aktiviti kokurikulum, termasuk perancangan, penyediaan bahan, pelaksanaan teori dan amali, penilaian prestasi pelajar, dan penambahbaikan aktiviti.
Memberi bimbingan sebagai penasihat akademik bagi melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang.
Melaksanakan pengurusan kualiti.
Mengurus kemudahan, aset, infrastruktur, peralatan, dan perisian ICT.
Menganggotai jawatankuasa berkaitan, seperti perolehan, kewangan, integriti, konvokesyen, dan jawatankuasa lain di peringkat dalaman atau industri.
Melaksanakan dasar pembangunan modal insan, termasuk pembangunan program, kurikulum, kokurikulum, infrastruktur, dan tenaga pengajar.
Melaksana pelan perancangan strategik jangka pendek dan jangka panjang institusi.
Kemahiran
Asas
Kepimpinan dan penyeliaan.
Komunikasi.
Khusus
Bimbingan dan kaunseling.
Kemahiran ICT.
Pengurusan dan pentadbiran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Diploma atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.