Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2311-03
Bandingkan
Pensyarah Perubatan Gred DU13P
Pensyarah Perubatan Gred DU13P bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan, menghasilkan penerbitan dan pengamal perubatan.
Tugasan
Menjalankan tugas pengajaran yang telah ditetapkan iaitu di peringkat ijazah pertama (undergraduate programme) dan memberi pengajaran dalam bidang pengkhususan di peringkat ijazah tinggi (a generalist at the undergraduate level and a specialist at the post graduate level).
Menjalankan tugas mengajar mengikut jadual dan beban tugas pengajaran yang ditetapkan, penyediaan dan pemeriksaan skrip peperiksaan, pengawasan peperiksaan, penasihat kepada pelajar dalam hal akademik serta melaksanakan tugas pengajaran tambahan lain yang diarahkan oleh ketua jabatan dan/ atau PTj. Prestasi pengajaran hendaklah mencapai sekurang-kurangnya skor 4.2 daripada 6.0 dalam penilaian oleh pelajar bagi setiap kursus yang diajar.
Memainkan peranan yang aktif dalam semua aspek penyelidikan misalnya mempunyai semangat ingin tahu, mencari masalah untuk diselidik, menulis dan menyampaikan cadangan yang baik dan boleh diterima, mengurus projek penyelidikan dengan teratur, melaksanakan projek dan menyampaikan keputusan- keputusan yang dicapai dengan penerbitan dalam jurnal, penyampaian di persidangan dan sebagainya.
Menggunakan pengetahuan dan pengalaman untuk kebaikan masyarakat dan negara melalui sistem perundingan, berkhidmat memberi rawatan pesakit dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.
Dikehendaki berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sebelum memulakan tugas klinikal di pusat perubatan/ hospital.
Memberi sokongan dan bantuan kepada polisi dan prosedur yang telah ditetapkan supaya pentadbiran dapat dijalankan dengan licin.
Menjalankan semua tugas pentadbiran yang berkaitan dengan kursus atau program yang telah dijalankan.
Dikehendaki menjalankan tugas dan tanggungjawab pentadbiran dengan memuaskan seperti yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Universiti.
Kemahiran
Asas
Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bertulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Berkebolehan memberikan pendapat dan khidmat nasihat dengan baik.
Khusus
Berkebolehan menggunakan pelbagai perisian yang berkaitan dengan tugas.
Berkebolehan menulis laporan yang berkualiti.
Mempunyai kemahiran dalam penggunaan peralatan yang berkaitan dengan bidang.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.