Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2269-03
Bandingkan
Pengajar Gred U9 bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti perancangan, penyediaan dan pengurusan latihan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari yang lengkap dan berkesan supaya bekalan tenaga manusia bagi kumpulan paramedik dan auksiliari adalah mencukupi, berkelayakan dan berkualiti untuk menampung keperluan di sektor awam pada masa sekarang dan akan datang.
Tugasan
Bertanggungjawab dalam aspek pengajaran dan pembelajaran bagi subjek yang dipertanggungjawabkan di unit yang berkaitan dengan melaksanakan tugas menyampaikan syarahan, menyelia pelatih/pengajar di bawah tanggungjawab, memantau buku log, menyediakan kemudahan yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran, serta memberi bimbingan dan kaunseling.
Menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran berkaitan dengan kandungan subjek berkaitan.
Menjalankan kajian bagi tujuan merancang program dan menganalisa keperluan subjek di unit berkaitan.
Menyediakan soalan-soalan berkaitan dari hasil pengajaran dan pembelajaran untuk membuat penilaian.
Memastikan pembelajaran berterusan di kalangan pengajar dilaksanakan secara berterusan dari semasa ke semasa.
Menguruskan dari segi penjadualan, penempatan dan pengangkutan pelatih berkaitan bagi memastikan latihan amali dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan.
Melaksanakan penilaian terhadap pelatih dan memantau aktiviti latihan dan buku log.
Menyelaras dan menyediakan laporan prestasi akademik pelajar serta urusan peperiksaan.
Kemahiran
Khusus
Mempunyai kemahiran dalam aspek pengajaran.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.