- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2266
Pegawai Audiologi dan Jurupulih Pertuturan
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2266-02
Bandingkan
Jurupulih Pertuturan
Jurupulih Pertuturan menilai, mendiagnosis dan merawat gangguan komunikasi serta gangguan menelan dalam kalangan semua peringkat umur, dengan membantu pesakit meningkatkan komunikasi secara verbal dan bukan verbal serta fungsi oral dan wajah. Mereka membangunkan pelan terapi yang bersifat individu, menggunakan teknik khusus, dan memantau perkembangan pesakit sambil bekerjasama dengan profesional kesihatan dan pendidikan. Mereka bekerja di hospital, pusat rehabilitasi, sekolah atau klinik swasta bagi menyokong hasil rawatan yang berkesan dan menyeluruh.
Tugasan
Menjalankan penilaian gangguan pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan menggunakan alat piawai, serta mentafsir hasil penilaian untuk memaklumkan keputusan rawatan.
Membangunkan pelan rawatan individu berdasarkan hasil penilaian.
Memberikan terapi secara individu atau berkumpulan mengikut keperluan pesakit.
Memberikan pendidikan kepada pesakit, keluarga dan penjaga tentang strategi komunikasi dan teknik yang boleh diamalkan di rumah.
Mendokumen dan memantau kemajuan pesakit, mengemas kini pelan rawatan secara berkala, serta mengekalkan laporan terapi dan dokumentasi klinikal.
Bekerjasama dengan doktor, guru, ahli psikologi, ahli terapi pekerjaan dan profesional berkaitan lain untuk memastikan penjagaan yang menyeluruh.
Membangunkan dan menambah baik teknik terapi dan penilaian, serta memberikan sokongan klinikal yang berkaitan.
Kemahiran
Asas
Empati dan kesabaran untuk menyokong individu sepanjang perjalanan terapi mereka.
Kemahiran komunikasi yang kuat untuk berinteraksi secara jelas and penuh belas kasihan dengan pesakit,keluarga dan pasukan.
Kemahiran organisasi dan pengurusan masa untuk mengendalikan kes,sesi dan menyelenggara rekod.
pemikiran analitikal dan kritis untuk menilai keadaan dan merancang intervensi yang berkesan.
Pendengaran aktif untuk memahami kebimbangan pesakit dan memberi maklum balas dengan berkesan.
Khusus
engetahuan dalam mekanisme pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan.
Kemahiran dalam menggunakan alat dan perisian digital untuk menyokong penyampaian terapi.
Kemahiran dalam menggunakan alat diagnostik dan penilaian piawai untuk penilaian pertuturan dan bahasa.
Kemahiran dalam sistem Augmentative and Alternative Communication (AAC).
Keupayaan untuk menyesuaikan strategi terapi bagi autisme, lelangit sumbing, pascastrok dan gangguan neurologi.
Keupayaan untuk mereka bentuk dan melaksanakan pelan terapi berasaskan bukti bagi gangguan pertuturan, kelancaran serta komunikasi verbal dan bukan verbal.
Pengetahuan dalam perkembangan bahasa dan gangguan komunikasi merentasi semua peringkat umur.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Kursus Yang Berkaitan
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.