Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2264
Bandingkan
Jurupulih Anggota menilai, merancang dan menjalankan program-program pemulihan untuk memperbaiki atau memulihkan fungsi otot manusia, meningkatkan keupayaan pergerakan, melegakan sindrom kesakitan, dan merawat atau mencegah ketidakfungsian yang dikaitkan dengan kecederaan, penyakit dan kecacatan lain. Mereka menggunakan pelbagai terapi fizikal dan teknik seperti pergerakan, ultrabunyi, pemanasan, laser, dan teknik-teknik lain.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi rawatan fisioterapi berjadual kepada pesakit.
Memberi nasihat kepada masyarakat dan individu tentang postur badan yang betul untuk mengelakkan kecederaan dan menguatkan otot.
Menjalankan pemeriksaan untuk membuat diagnos ke atas gangguan tulang, otot, dan bahagian sistem peredaran darah atau sistem saraf untuk menentukan rawatan yang sewajarnya.
Mengurut pelanggan untuk meningkatkan peredaran darah, melegakan atau merangsang urat saraf, memudahkan pembuangan najis, meregangkan tendon yang mengecut dan menghasilkan kesan terapeutik yang lain.
Menggunakan rawatan fisioterapi dan teknik yang berkaitan sebagai sebahagian daripada rawatan fizikal atau mental bagi orang kurang upaya.
Menentukan rawatan yang sesuai kepada pesakit.
Menjalankan pelarasan sendi spina dan ekstremiti dengan menggunakan tangan atau kelengkapan pakar.
Menjalankan terapi tisu lembut, seperti mengurut.
Mendidik dan memberi nasihat kepada pesakit tentang latihan pemulihan untuk kepulihan jangka panjang untuk memastikan kesihatan terpelihara.
Menggubal dan melaksanakan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan masyarakat.
Mengajar pelajar perubatan dan pelajar sains kesihatan lain, pakar perubatan dan profesional kesihatan lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.