- Loading…
- Tiada hasil
Carian Terkini
Kumpulan Utama
2
Profesional
Kumpulan Sub-Utama
22
Profesional Kesihatan
Kumpulan Kecil
226
Profesional Kesihatan Lain
Kumpulan Unit
2262
Ahli Farmasi
Kumpulan Unit Kecil
Kod MASCO
2262
Bandingkan
Ahli Farmasi menyimpan dan mendispens ubatan, dan memberi konsultasi penggunaan ubatan dan kesannya menurut preskripsi doktor perubatan dan profesional kesihatan lain. Mereka membantu dalam penyelidikan, penyediaan ujian dan memantau terapi perubatan untuk meningkatkan kesihatan manusia.
Tugasan
Menjalankan aktiviti-aktiviti regulatori iaitu menganalisis kandungan bahan-bahan ubat, kosmetik dan ubat tradisional, dan pendaftarannya serta aktiviti pelesenan.
Menyemak preskripsi untuk menentukan dos yang dicadangkan agar tidak melebihi hadnya dan arahan penggunaannya difahami oleh pesakit serta memberi nasihat tentang kemungkinan ketidaksesuaian ubatan.
Mendispens ubat-ubatan di hospital atau menjualnya di farmasi.
Menyimpan fail preskripsi dan merekod pengeluaran narkotik, racun dan ubatan.
Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan atau menambah baik produk farmaseutikal, kosmetik dan kimia yang berkaitan.
Menentukan pembungkusan yang paling sesuai bagi bahan perubatan untuk mengelak daripada kerosakan serta memudahkan penyimpanan dan pengedaran.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Kursus Yang Berkaitan
Kumpulan Unit Kecil
2262-01
Ahli Farmasi
2262-02
Pegawai Farmasi Gred UF9
2262-03
Pegawai Farmasi Gred UF10
MASCO
Hi, saya boleh bantu anda dengan soalan berkaitan Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO).
Bandingkan
(/2)
📌 PEMAKLUMAN📌
Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.
Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.