Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2221
Bandingkan
Profesional Kejururawatan menyediakan rawatan, sokongan dan penjagaan kepada mereka yang memerlukan penjagaan kejururawatan kerana kesan penuaan, penyakit, kecederaan, atau kemerosotan fizikal atau mental yang lain, atau potensi risiko kepada kesihatan.
Gaji Pokok Permulaan
Kenaikan Gaji Tahunan
Minimum 6% Setahun
Tugasan
Memberi penjagaan, rawatan, dan nasihat kejururawatan kepada pesakit yang cedera, kurang upaya, dan orang lain yang memerlukan penjagaan sedemikian.
Memeriksa pesakit untuk menentukan jenis penyakit.
Menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat diagnosis.
Memberi preskripsi dan rawatan penyakit, gangguan, atau kecederaan yang didiagnos.
Memberi rawatan perubatan dan pembedahan khusus bagi penyakit, gangguan, dan kecederaan tertentu.
Memberi nasihat dan menerapkan kaedah perubatan dan rawatan pencegahan.
Mengambil bahagian dalam penggubalan dan pelaksanaan undang-undang dan peraturan kesihatan awam untuk menjaga dan meningkatkan kesihatan komuniti.
Mengajar penuntut perubatan dan penuntut sains kesihatan lain, pakar perubatan, dan profesional kesihatan lain.
Menyediakan dokumen dan laporan saintifik.
Meningkatkan kefahaman dan menyelaras pelaksanaan kerja.
Menjalankan tugas yang berkaitan.
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.