Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2211-07
Bandingkan
Doktor Perubatan (Radiologi) mendiagnosis dan mengurus penyakit serta kecederaan menggunakan teknik pengimejan perubatan, termasuk sinar-X, imbasan CT, MRI, imbasan PET, ultrabunyi, dan perubatan nuklear. Mereka mentafsir keputusan pengimejan, menjalankan prosedur intervensi apabila berkaitan, serta bekerjasama dengan profesional kesihatan lain bagi menyokong diagnosis dan perancangan rawatan. Peranan ini juga melibatkan perancangan dan penyampaian terapi radiasi untuk pesakit kanser dengan kerjasama pakar onkologi dan pasukan perubatan, bagi memastikan rawatan yang tepat, keselamatan pesakit, serta sokongan sepanjang proses penjagaan.
Tugasan
Menganalisis dan mentafsir imej diagnostik untuk mengesan keabnormalan serta menyokong keputusan klinikal.
Menentukan jenis dan masa yang sesuai bagi prosedur pengimejan atau radiasi berdasarkan keperluan klinikal.
Menjalankan prosedur intervensi berpandukan imej, seperti biopsi dan saliran, serta memberikan rawatan radiasi bersasar apabila berkaitan.
Menilai sejarah perubatan dan keadaan klinikal pesakit bagi memastikan keselamatan semasa prosedur pengimejan atau radiasi.
Bekerjasama dengan doktor, pakar onkologi, ahli fizik perubatan, dan profesional kesihatan lain untuk menyokong diagnosis dan membangunkan pelan rawatan.
Memantau keadaan dan tindak balas pesakit semasa prosedur pengimejan, intervensi, atau rawatan radiasi.
Memberi penerangan kepada pesakit dan keluarga mengenai prosedur pengimejan atau radiasi, pelan rawatan, dan protokol keselamatan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan mengurusa masa dengan berkesan bekerja di bawah tekanan.
Kemahiran dalam sistem komputer dan perisian berkaitan radiologi dan perancangan rawatan.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang cemerlang untuk interaksi dengan pesakit,keluarga dan pasukan penjagaan kesihatan.
Kemahiran pemikiran analitikal dan kritis yang kukuh untuk mentafsir imej perubatan serta merancang rawatan dengan tepat.
Perhatian terhadap perincian untuk memastikan ketepatan dalam pengimejan,penyampaian,pelaksanaan rawatan dan pendokumenan.
Khusus
Kecekapan dalam penggunaan klinikal peralatan radiologi dan radioterapi mengikut protokol keselamatan dan rawatan.
Kecekapan dalam prosedur radiologi intervensi, termasuk biopsi berpandukan imej, saliran, dan teknik invasif minimum yang berkaitan.
Keupayaan untuk menilai keadaan klinikal pesakit bagi menyokong keputusan radiologi diagnostik dan terapeutik.
Keupayaan untuk mentafsir imej perubatan dengan tepat menggunakan pengetahuan anatomi, fisiologi, dan patologi.
Kompetensi dalam kerjasama multidisiplin bagi diagnosis, perancangan radioterapi, dan pengurusan rawatan.
Kompetensi dalam protokol keselamatan radiasi dan jaminan kualiti bagi pengimejan diagnostik dan prosedur radiasi terapeutik.
Pengetahuan dalam perancangan radioterapi dan penggunaan preskripsi rawatan onkologi.
Pengetahuan lanjutan dalam modaliti pengimejan, termasuk sinar-X, Tomografi Berkomputer (CT), Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), ultrabunyi, fluoroskopi, Positron Emission Tomography (PET), dan pengimejan nuklear.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.