Versi Lama
Carian Terkini
Kod MASCO
2182-01
Bandingkan
Eksekutif Pembuatan menyelia dan mengoptimumkan operasi pengeluaran dalam kemudahan pembuatan, memastikan kecekapan, kualiti produk dan pematuhan dengan piawaian industri. Mereka menyelaras aktiviti pengeluaran dan perolehan, mengurus sumber dan melaksanakan inisiatif penambahbaikan berterusan sambil memastikan pematuhan terhadap peraturan kesihatan, keselamatan dan alam sekitar. Mereka bekerjasama dengan pasukan pelbagai fungsi, menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kaedah jaminan operasi dan kualiti dan memainkan peranan strategik dalam mencapai matlamat pengeluaran dan keberkesanan rantaian bekalan dalam bajet dan garis masa.
Tugasan
Merancang dan menyelaras aktiviti pengeluaran harian untuk mencapai sasaran output, kualiti dan penghantaran.
Menyelaras tenaga kerja, mesin dan bahan untuk memaksimumkan kecekapan pembuatan dan meminimumkan masa henti.
Melaksanakan inisiatif pembuatan lean dan penambahbaikan berterusan untuk mengurangkan pembaziran dan meningkatkan produktiviti.
Memantau dan mengekalkan piawaian kawalan kualiti untuk memastikan produk memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
Menyelia amalan keselamatan di tempat kerja dan memastikan pematuhan terhadap prosedur kesihatan dan keselamatan pekerjaan.
Mengurus tahap inventori dan menyelaras perolehan serta penghantaran bahan bagi menyokong keperluan pengeluaran.
Membangunkan pelan perolehan, berunding dengan pembekal, mengeluarkan pesanan pembelian, dan menyelenggara rekod pembekal serta pembelian untuk memastikan bekalan bahan yang boleh dipercayai.
Menyelia, melatih dan menilai kakitangan pengeluaran dan perolehan bagi menyokong operasi yang berkesan.
Memastikan pematuhan terhadap prosedur organisasi dan piawaian berkaitan melalui audit dan pemantauan.
Kemahiran
Asas
Kebolehan membuat keputusan dan penyelesaian masalah untuk menengani cabaran operasi dan rantaian bekalan.
Kemahiran analitikal dan organisasi yang kukuh untuk mengurus proses pengeluaran dan perolehan.
Kemahiran dalam Microsoft Excel dan alat MS Office lain untuk pelaporan,penjadualan dan analisis data.
Kemahiran komunikasi dan interpersonal yang berkesan untuk menyelaras dengan pasukan, vendor dan pembekal.
Pengurusan masa,pelbagai tugasan dan kerja berpasukan untuk meastikan kecekapan dan kerjasama dalam persekitaran yang pantas.
Khusus
Kecekapan dalam sistem Enterprise Resource Planning (ERP) untuk pengurusan pengeluaran, inventori dan perolehan.
Kecekapan dalam sistem statistical process control (SPC) untuk pemantauan kualiti dan prestasi.
Keupayaan untuk mentafsir lukisan kejuruteraan, pelan pengeluaran dan spesifikasi teknikal.
Kompetensi dalam merancang, mengatur dan mengoptimumkan aliran kerja pembuatan serta jadual pengeluaran.
Kompetensi dalam proses rantaian bekalan dan perolehan, termasuk analisis kos, kawalan inventori, penilaian prestasi pembekal dan alat e-sourcing.
Pengetahuan dalam piawaian kawal selia dan kualiti.
Pengetahuan dalam ujian bahan dan penilaian kualiti pembekal bagi bahan mentah dan produk siap.
Maklumat Tambahan
KELAYAKAN
Ijazah Sarjana Muda atau setaraf
Bandingkan (/2)

📌 PEMAKLUMAN📌

Selamat datang ke Portal e-MASCO versi baharu.
Portal ini sedang dalam proses penambahbaikan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).


Buat masa ini, kandungan portal masih berasaskan versi MASCO 2020, kandungan terkini dijangka siap sepenuhnya pada suku pertama tahun 2026. Sesetengah maklumat atau fungsi mungkin masih dalam fasa percubaan.


Sehubungan itu, pihak kami amat menghargai sebarang maklum balas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna bagi mempertingkat fungsi serta kandungan portal ini. Sila salurkan pandangan anda melalui halaman Maklum Balas.